Monday 15 October 2018

PERTEMUAN DUA HALA DALAM MEMBINCANGKAN KEBAJIKAN AHLI

KAHERAH, 4 OKTOBER 2018 – Badan Kebajikan Keluarga Islam Melaka Mesir telah mengadakan pertemuan baru-baru ini bersama Pegawai Atase Pendidikan Negeri Melaka, Encik Masykuri bin Khamid di Pejabat Pentadbiran Wisma Seri Melaka Mesir. Pertemuan pada kali ini telah diketuai oleh saudara Muhammad Anuar bin Abdullah selaku Yang Dipertua BKKIMM sesi 2017/2018.

Antara fokus utama perbincangan pada kali ini yang pertama adalah berkenaan perkembangan premis Kerajaan Negeri iaitu Wisma Seri Melaka dan Wisma Melaka. Respon Pegawai Atase Melaka berkaitan premis Wisma Melaka adalah bangunan tersebut  masih lagi belum dapat didiami sepenuhnya dan proses penyerahan bangunan Kerajaan Negeri kepada Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) masih belum selesai. Beliau memaklumkan, pihak syarikat Al-Attal memberi jaminan bahawa bangunan itu boleh didiami akan tetapi kapasiti yang diterima adalah hanya 60 orang sahaja bagi menguji kuasa elektrik bangunan tersebut. BKKIMM meminta kouta tersebut ditambahkan bagi menampung keseluruhan penghuni RMS. Tambahan lagi daripada beliau, kemasukan ke WM akan ada sesi temuduga. Dalam pada perbincangan ini, YDP BKKIMM mengharapkan temuduga Ini dapat dijalankan dengan telus dan tidak mengulangi seperti temuduga yang lepas. Beliau juga memaklumkan pembantu pegawai akan hadir bagi membantu urusan beliau pada bulan November tahun ini. Tambahan lain, BKKIMM menerima maklumat dan sudi membantu serta bekerjasama dengan pihak Atase Melaka berkaitan permasalahan gangguan di WSM.
Perbincangan yang kedua adalah berkenaan permasalahan berkaitan Rumah Melaka Sementara (RMS III). Dalam perbincangan ini kedua belah pihak bersama menemukan titik penyelesaian. Selain itu, pihak BKKIMM dan Atase Melaka mengambil segala maklumat dan muhasabah yang disampaikan, serta akan menyelesaikan permasalahan tersebut.

Akhir sekali, ucapan terima kasih diucapkan kepada pihak Atase Negeri Melaka dan semoga pertemuan ini menghasilkan titik pertemuan serta dipermudahkan urusan kedua pihak dengan jalinan hubungan baik antara BKKIMM dan wakil Kerajaan Negeri Melaka di Perlembahan Nil.

“MAHASISWA RABBANI, MEMBUMI BAKTI”

“BERILMU DAN BERAMAL”

Disediakan oleh :
Setiausaha Agung,
Badan Kebajikan Keluarga Islam Melaka Mesir
Sesi 2017/2018

No comments:

Post a Comment