Thursday 1 November 2018

PEMBUBARAN FAMILY BREAK SESI 2017/2018

Assalamualaikum WBT.

     Segala puji bagi Allah Tuhan sekalian alam. Selawat dan salam buat Rasul junjungan dan ke atas ahli keluarganya beserta para sahabat yang mulia seterusnya kepada mereka yang mengikuti jejak langkah mereka hingga ke hari kiamat.

     Alhamdulillah, bersyukur kita kepada Allah S.W.T kerana masih lagi  memberikan kita peluang untuk hidup dan menikmati segala nikmat terutamanya nikmat Iman dan Islam.

Sahabat dan sahabiah yang dikasihi Allah sekalian,

     Hari bersilih ganti, tahun berganti tahun, begitu juga dengan tampuk kepimpinan yang tidak lari daripada perubahan. Maka dengan ini saya ingin memaklumkan bahawa pada hari Jumaat, bertarikh 2 November 2018 bersamaan 24 Safar 1440H adalah hari terakhir bagi setiap Family Break BKKIMM sesi 2017/2018. 

     Terima kasih diucapkan kepada sahabat dan sahabiah ahli BKKIMM sekalian kerana telah memberikan komitmen yang baik terhadap Family Break sepanjang ia berlangsung. Tidak lupa juga kepada para naqib dan naqibah kerana bertungkus lumus dalam memberi kefahaman Islam kepada ahli bagi melahirkan generasi Khairah Ummah. Semoga Allah membalas segala jasa dan pengorbanan kalian.
Wallahu A'lam.

Sekian, terima kasih.

"Memurnikan Fikrah, Membina Sahsiah"
"Memurnikan Pemikiran Melestarikan Kesatuan"

#BKKIMMKeluargaKita
#BersamaBersatu

Yang Benar ,
Sharul Ikmal Bin Rahim
Ketua Unit Dakwah | BKKIMM sesi 2018/2019

No comments:

Post a Comment