Monday 4 March 2019

BKKIMM MEMBAWA SUARA ANAK MELAKA KEPADA DELEGASI KERAJAAN NEGERI

KAHERAH, 28 Februari 2019 - Sebuah pertemuan Badan Kebajikan Keluarga Islam Melaka Mesir (BKKIMM) sesi 2018/2019 telah diadakan bersama delegasi Kerajaan Negeri yang hadir iaitu Encik Hj. Azman bin Hj. Aziz selaku Setiausaha Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) serta beberapa wakil delegasi yang lain. Pertemuan ramah mesra yang berlangsung di Villa Wisma Seri Melaka tersebut bertujuan mengeratkan lagi hubungan BKKIMM bersama delegasi yang hadir, selain membincangkan isu kebajikan dan pendidikan anak-anak Melaka di Perlembahan Nil.



     Pertemuan dimulakan dengan pengenalan BKKIMM serta sejarah penubuhannya yang telah dibentangkan oleh Setiausaha Agung BKKIMM, saudara Muhammad Rohaizad bin Mohd Noh dan diikuti perbincangan bersama pihak delegasi kerajaan Negeri Melaka yang hadir pada malam tersebut. 

Antara perkara yang diketengahkan dalam pertemuan tempoh hari ialah :

1. Permasalahan penempatan yang terkini dan makluman prosedur bagi Wisma Melaka. 

2. Prosedur terkini bagi Pinjaman Wang Pengajian Tinggi (PWPT) dan bantuan Dermasiswa Kerajaan Negeri Melaka serta permasalahan dalam melengkapkan borang permohonan PWPT. 

3. Makluman dan permasalahan berkaitan penghantaran pelajar baru ke Mesir. 

   Perbincangan bersama rombongan delegasi yang diketuai oleh Encik Hj. Azman bin Hj. Aziz terhadap perkara yang diketengahkan telah mendapat sambutan yang baik. Beliau memaklumkan masih tiada makluman khusus berkaitan prosedur kemasukan dan pembukaan Wisma Melaka. Walaupun demikian, sebarang makluman baharu akan dimaklumkan dan disampaikan melalui Pegawai Atase. 



     Selain itu, beberapa cadangan telah pun disampaikan kepada delegasi Kerajaan Negeri Melaka mengenai borang persetujuan PWPT, pihak BKKIMM mencadangkan agar  prosedur borang persetujuan tersebut dapat dipermudahkan berikutan aduan ahli kepada wakil BKAN tentang kesukaran menyediakan dokumen seperti visa dan keputusan slip peperiksaan. Pihak delegasi menerima cadangan dan permasalahan yang dikemukan khususnya mengenai isu penghantaran mahasiswa baru ke Mesir dan akan membawanya kepada pihak berwajib.


     Pertemuan telah diakhiri dengan ucapan penghargaan daripada Timbalan Ketua HEWI BKKIMM , Saudari Nur Ain Sofea binti Mazlan sebagai wakil pimpinan kepada pihak delegasi atas perbincangan dan kesudian menerima kehadiran pihak BKKIMM. Pihak BKKIMM sentiasa bersedia dan terbuka untuk bekerjasama dan memberikan buah fikiran dalam menyelesaikan permasalahan yang berlaku terutama isu kebajikan dan pendidikan anak-anak Melaka Mesir. 

 Semoga segala usaha yang dilakukan ini sentiasa mendapat keberkatan Ilahi.

Disediakan oleh :
Jabatan Setiausaha Agung
Badan Kebajikan Keluarga Islam Melaka Mesir
sesi 2018/2019

No comments:

Post a Comment