Sunday 24 February 2019

HARI KELUARGA BKKIMM MEMPERTAUT UKHUWAH ISLAMIAH

  Telah berlangsung sebuah program mega di bawah anjuran Badan Kebajikan Keluarga Islam Melaka Mesir iaitu Memori Hari Keluarga Kita 2019 (MIRACLE ’19). Program ini berlangsung pada 7, 9 dan 10 Februari itu dengan  bertemakan “ Membina Keajaiban, Mengukuh Ikatan ” yang telah dihadiri seramai 80 orang ikhwah dan akhawat. 

  Diantara objektif program tersebut adalah untuk memupuk rasa kasih sayang dan membina kesedaran akan kepentingan kesatuan Islam agar dakwah serta kesyumulan Islam dapat dirasai oleh keluarga BKKIMM. Seterusnya melahirkan mahasiswa yang berpengetahuan luas dan berakhlak dengan akhlak Islamiah dalam setiap tindakan yang merangkumi kehidupan seharian juga bertujuan bagi memperkukuh dan mempererat persaudaraan atas dasar akidah Islamiah sesama ahli Melaka.  

    Ambang Miracle ’19 bermula dengan aktiviti berbentuk bola padang bagi ikhwah manakala di sebelah akhawat pula aktiviti Gubahan dan Miniature. Pada hari pertama, majlis perasmian pembukaan telah dirasmikan oleh Ustaz Muhammad Zaidon bin Misron, YDP Badan Kebajikan Mahasiswa/wi Islam Pahang (BKMIP) sesi 2018/2019. Seterusnya, program diteruskan dengan aktiviti Outdoor bagi akhawat di Hadiqah Dauliyah manakala aktiviti Indoor bagi ikhwah di Rumah Melaka Sementara III. Pada sebelah malam pula telah diadakan Diskusi Kitab yang dibentangkan oleh Ustaz Mohamad Yusran Azim bin Mohd Berkuri, selaku Koordinator Kebudayaan, Kesenian dan Sukan, MG BKAN yang bertempat di Surau RMS III. Seterusnya telah berlangsung aktiviti Indoor bagi sebelah akhawat di RMS III manakala bagi sebelah ikhwah pula aktiviti Outdoor di Sport Arena Zahra’. Selain itu, telah diadakan acara Malam Magika serta slot Sentuhan Hati bagi akhawat kemudian diakhiri dengan aktiviti katibah.

Pada hari terakhir program MIRACLE ’19, perjalanan program dimulakan dengan Qiamullail serta solat Subuh berjemaah kemudian diisi dengan Tazkirah Pimpinan yang disampaikan oleh Ustaz Muhammad Akram bin Mamad selaku Timbalan Yang Dipertua BKKIMM sesi 21018/2019 seterusnya slot Liqo’ Fuad bagi sebelah ikhwah yang bertempat di Surau RMS III. Pada sebelah petang pula telah berlangsung di Dewan Masjid Salam yang dimulai dengan slot Hisbah yang disampaikan oleh Ustaz Mohd Sharul bin Malek. Pada malamnya disambung  Malam Kebudayaan bagi ikhwah serta majlis perasmian penutupan MIRACLE ’19 kemudian majlis diserikan dengan penyampaian hadiah serta persembahan nasyid dari kumpulan nasyid Soutul ‘Azim. 

  Akhirnya, selain dapat memperkukuhkan ukhuwah antara ahli BKKIMM, harapan komiti MIRACLE ’19 agar ahli BKKIMM khususnya dan secara umum buat seluruh mahasiswa/wi Melaka Mesir  sedar akan kepentingan perpaduan antara umat Islam berdasarkan akidah Islamiah supaya dapat membentuk kekuatan yang jitu dalam segala tindakan sekaligus terbinanya mahasiswa/wi Islam yang produktif dan berpengetahuan luas dalam segenap aspek.

No comments:

Post a Comment