Thursday 31 January 2019

MAKLUMAN FAMILY BREAK MANHAJI

Assalamualaikum wbt.

     Alhamdulillah, segala puji bagi Allah Tuhan sekalian alam. Selawat dan salam buat Baginda Nabi Muhammad SAW serta ahli keluarga Baginda dan para sahabat seterusnya ke atas sesiapa  yang mengikuti jejak langkah mereka hingga ke hari pembalasan.

     Bersyukur kita kepada Allah kerana masih diberi peluang kepada kita untuk hidup dan menikmati segala nikmatNya terutama nikmat Iman dan Islam.

     Alhamdulillah, selesai sudah bagi mahasiswa Pengajian Islam khususnya anak Melaka yang berada di Perlembahan Nil  menghadapi Peperiksaan Fasa Satu baru-baru ini. Maka dengan ini, BKKIMM ingin memaklumkan pada tarikh 1 Februari 2019 bersamaan 26 Jamadil Awal 1440 H ialah tarikh bermulanya Family Break Manhaji bagi semua tahap Family Break BKKIMM.

     Oleh itu, pihak BKKIMM mengharapkan kepada semua ahli untuk memanfaatkan masa dan ruang yang ada untuk menambahkan thaqafah di samping merapatkan lagi ukhuwah islamiah di antara kita melalui medan usrah yang tersedia. 

"Memurnikan Fikrah, Membina Sahsiah"
"Memurnikan Pemikiran Melestarikan Kesatuan"

#FastabiqulKhairat
#BKKIMMKeluargaKita
#BersamaBersatu

SHARUL IKMAL BIN RAHIM
Ketua Unit Dakwah BKKIMM sesi 2018/2019

No comments:

Post a Comment