Saturday 22 December 2018

RELAX' 18: ASPIRASI KEJAYAAN BERSAMA

KAHERAH,15 Disember 2018 –RELAX'18 merupakan sebuah program berbentuk santai yang telah diadakan oleh Badan Kebajikan Keluarga Islam Melaka Mesir (BKKIMM) yang bertujuan bagi merehatkan minda semua ahli BKKIMM sebelum menghadapi imtihan tidak lama lagi.

   Antara objektif penganjuran RELAX adalah untuk merapatkan ukhuwah antara ahli BKKIMM sebelum memasuki fatrah imtihan. Selain itu, RELAX juga bertujuan memberikan semangat dalam menghadapi imtihan dan memupuk semangat kerjasama antara ahli BKKIMM. Ia juga mendapat sambutan yang sangat baik dengan kehadiran ahli BKKIMM seramai 100 orang.

   Aktiviti ringkas RELAX dimulai dengan gotong -royong menyediakan juadah makanan, seterusnya solat hajat dan tahlil ringkas seusai solat Maghrib berjemaah. Setelah itu, ahli yang hadir turut mendapat perkongsian kalam motivasi daripada Ustazah Nurul Fatin Syazana binti Mohd Fauzi selaku Penasihat BKKIMM pada sesi kali ini. Di samping itu, sebelum menikmati hidangan jamuan yang menarik, Yang Dipertua BKKIMM, Ustaz Muhammad Audi bin Ismail telah menyampaikan ucapan ringkas dan pada akhirnya semua ahli yang menyertai RELAX telah mengambil gambar beramai-ramai sebagai tanda kenangan bersama. 

   Akhir sekali, kami BKKIMM mengharapkan dan berdoa agar semua ahli BKKIMM dipermudahkan urusan serta diberi kejayaan di dalam imtihan. Semoga Allah sentiasa memberkati dan meredhai ahli serta kesatuan BKKIMM ini.

Sekian, Terima Kasih.

“Memurnikan Fikrah, Membina Sahsiah”
"Memurnikan Pemikiran Melestarikan Kesatuan"

#BKKIMMKeluargaKita 
#BersamaBersatu

Disediakan oleh :
Setiausaha RELAX' 18
Badan Kebajikan Keluarga Islam Melaka Mesir
sesi 2018/2019

No comments:

Post a Comment