Wednesday 19 December 2018

KUNJUNG HORMAT : AGENDA KEBAJIKAN BKKIMM

KAHERAH, 8 Disember 2018 - Badan Kebajikan Keluarga Islam Melaka Mesir (BKKIMM) telah mengadakan kunjung hormat ke Pejabat Pentadbiran Wisma Seri Melaka (PPWSM) yang diketuai oleh Saudara Muhammad Audi bin Ismail selaku Yang Dipertua BKKIMM sesi 2018/2019 bersama seluruh barisan Ahli Jawatankuasa Tertinggi dan Ahli Jawatankuasa Hal Ehwal Wanita Islam (HEWI) serta beberapa wakil Badan Penasihat. Kunjung Hormat ini telah disambut oleh Encik Masykuri bin Khamid selaku Pegawai Atase Pendidikan Negeri Melaka di Mesir. 

   Objektif agenda kunjung hormat ini diadakan saban tahun adalah untuk saling mengenali dan beramah mesra antara kepimpinan yang baru bersama wakil kerajaan negeri Melaka yang berada di sini. Perbincangan dimulakan dengan sesi pengenalan antara dua pihak  yang dikendalikan oleh Saudara Muhammad Rohaizad bin Mohd Noh selaku Setiausaha Agung BKKIMM.

   Antara perkara yang dibincangkan pada pertemuan tersebut adalah berkaitan aspek keselamatan, pendidikan dan bantuan pelajar. Saudara Sharul Ikmal bin Rahim selaku Ketua Unit Dakwah telah menyerah dan membentang etika dan laporan HISBAH terkini.  Selain itu, terdapat soalan yang diajukan berkaitan status terkini, syarat-syarat kemasukan Wisma Seri Melaka dan Wisma Melaka serta diajukan juga soalan berkaitan prosedur terkini Dermasiswa dan TAPEM. Seterusnya, disambung dengan beberapa cadangan dari peringkat BKKIMM kepada pihak pegawai sebelum pertemuan tersebut berakhir. 



   Perbincangan dua hala yang baik antara pimpinan bersama pegawai Atase Melaka diakhiri dengan ucapan penghargaan daripada wakil pimpinan iaitu Yang Dipertua BKKIMM sendiri dan Pegawai Atase Pendidikan Melaka. Sebelum bersurai, pihak BKKIMM telah menyerahkan cenderahati kenang-kenangan kepada pihak pegawai. Semoga jalinan kerjasama ini dapat diteruskan agar dapat memberikan kebajikan yang terbaik buat anak-anak Melaka di Perlembahan Nil ini.

“Memurnikan Fikrah, Membina Sahsiah ”
"Memurnikan Pemikiran Melestarikan Kesatuan"

#BKKIMMKeluargaKita 
#BersamaBersatu

Disediakan oleh:
Setiausaha Agung 
Badan Kebajikan Keluarga Islam Melaka Mesir
sesi 2018/2019

No comments:

Post a Comment