Saturday 1 December 2018

KENYATAAN TAWAQUF PROGRAM

     Alhamdulillah, segala puji bagi Allah Tuhan pencipta alam. Selawat dan salam buat junjungan besar Baginda Nabi Muhammad S.A.W, ahli keluarga Baginda, para sahabat serta penyambung risalah Baginda S.A.W. Semoga Allah merahmati umat Islam di seluruh pelusuk dunia, Amin.

     Pada tempoh ini memperlihatkan seluruh mahasiswa/wi pengajian Islam Universiti Al-Azhar sedang mempersiapkan diri untuk menghadapi peperiksaan fasa pertama bagi pengkuliahan sesi 2018/2019. Peringkat Badan Kebajikan Anak Negeri (BKAN) pula tidak terlepas dalam menyusun pelbagai aktiviti berbentuk pendidikan bagi menyuntik semangat serta membantu lagi mahasiswa/wi untuk menghadapi peperiksaan yang bakal tiba. 

     Sehubungan itu, pihak Badan Kebajikan Keluarga Islam Melaka Mesir (BKKIMM) telah merangka beberapa inisiatif kecemerlangan antaranya kelas tutorial, munajat kecemerlangan dan motivasi. Oleh itu, pemakluman kepada seluruh ahli BKKIMM bahawa tanggal 23 Rabiulawal 1440 Hijrah bersamaan 1 Disember 2018 Masihi adalah tarikh penangguhan sebarang program di peringkat BKKIMM. Manakala 29 Rabiulawal 1440 Hijrah bersamaan 7 Disember 2018 Masihi adalah tarikh bermulanya ‘Family Break Amali’.

     Akhir sekali, pihak BKKIMM amat mengharapkan kepada semua ahli untuk menghadiri  dan memberikan komitmen kepada ‘Family Break Amali’ yang dijalankan serta tidak mensia-siakan waktu terluang yang berbaki kecuali dengan perkara yang berfaedah, mengulang kaji pelajaran dan lain-lain supaya dapat menjadi mahasiswa/wi yang berkaliber dan berdisiplin dari pelbagai sudut. Bertepatan dengan gagasan BKKIMM "PEMANTAPAN FIKRAH MELALUI THAQAFAH DAN ILMIAH", pihak BKKIMM mendoakan agar semua memperolehi kejayaan dalam peperiksaan serta memahami konsep ilmu yang sebenarnya.

"Memurnikan Fikrah, Membina Sahsiah"
"Memurnikan Pemikiran Melestarikan Kesatuan"

#BKKIMMKeluargaKita
#BersamaBersatu

Disediakan oleh : 
MUHAMMAD AKRAM BIN MAMAD
Timbalan Yang Dipertua
(Ketua Unit Perancang dan Panitia) BKKIMM sesi 2018/2019

No comments:

Post a Comment