Friday 23 November 2018

MUKMIN YANG SIHAT LEBIH DICINTAI ALLAH DARI MUKMIN YANG LEMAH

KAHERAH, 19 November 2018 – Badan Kebajikan Keluarga Islam Melaka Mesir (BKKIMM) sesi 2018/2019 telah mengadakan sebuah program berbentuk aktiviti sukan yang dinamakan Sukan Anak Melaka 2018 (SUKMA '18) khusus buat anak Melaka dan umum buat ahli BKKIMM di Mesir. Program ini berlangsung selama tiga hari iaitu pada 17, 18 dan 19 November dan ia bertemakan " قوة الأخوة، تحفيز الوحدة ", bermaksud "Kekuatan Ukhuwah, Pemangkin Kesatuan". 

   Program ini diketuai oleh pengarah komiti SUKMA'18 iaitu Ustaz Muhammad Adib bin Mohmad Amin yang berobjektifkan pengamalan gaya hidup sihat di samping  menghidupkan biah solehah sewaktu bersukan. Sehubungan dengan itu juga, SUKMA'18 kali ini bertujuan untuk menghidupkan kebudayaan dan kesenian melayu yang tidak bertentangan dengan syara' serta memperkukuh ukhuwah dalam kalangan ahli BKKIMM melalui semangat kesukanan di dalam pasukan.

     Antara pengisian menarik yang disusun di dalam SUKMA'18 ini adalah aktiviti Indoor dan Outdoor bagi ikhwah dan akhawat. Selain itu, permainan Futsal Piala YDP dan Netball Piala TKH turut dimeriahkan dengan penyertaan dari Bkan Taakhi iaitu BKASM dan BKMIP. Seterusnya, SUKMA'18 juga menyediakan santapan rohani buat seluruh ahli BKKIMM melalui Tazkirah Subuh Khas yang bertajuk "Sukan Memberikan Kesihatan". Kemudian, ahli BKKIMM turut disajikan dengan aktiviti kesenian iaitu Festival Debat BKKIMM yang diwakili oleh ikhwah dan akhawat Melaka sendiri. Program ini mendapat sambutan yang meriah dalam setiap aktiviti yang dijalankan dari kalangan ahli BKKIMM di Mesir ini seramai 75 orang.
      
     Seterusnya, program SUKMA'18 diakhiri dengan majlis penutup pada hari terakhir yang dirasmikan oleh YDP BKASM sesi 2018/2019, Ustaz Nabil Rusyaidi bin Ramli kemudian disudahi dengan penyampaian hadiah kepada para pemenang dan juga tayangan video sepanjang program berlangsung.

     Harapan di peringkat program agar ahli-ahli Melaka dapat menjadikan program ini  sebagai salah satu medium untuk merapatkan ukhuwah antara satu sama lain di samping dapat menambah thaqafah berkaitan kebudayaan dan kesenian seterusnya membentuk jati diri yang berkualiti sebagai hamba kepada Allah SWT. 

Disediakan oleh : Setiausaha (Promosi dan Disiplin) | SUKMA'18 | BKKIMM sesi 2018/2019

No comments:

Post a Comment