Wednesday 17 April 2019

MAKLUMAN : PERSEDIAAN PROSES PERPINDAHAN

Firman Allah S.W.T :

وَتَعَاوَنُوا عَلَى الْبِرِّ وَالتَّقْوَىٰ ۖ وَلَا تَعَاوَنُوا عَلَى الْإِثْمِ وَالْعُدْوَانِ ۚ وَاتَّقُوا اللَّهَ ۖ إِنَّ اللَّهَ شَدِيدُ الْعِقَابِ

"Dan hendaklah kamu bertolong-tolongan untuk membuat kebajikan dan bertaqwa, dan janganlah kamu bertolong-tolongan pada melakukan dosa (maksiat) dan pencerobohan. Dan bertaqwalah kepada Allah, kerana sesungguhnya Allah Maha Berat azab seksaNya (bagi sesiapa yang melanggar perintahNya)."

[ Surah Al-Ma'idah : Ayat 2 ]

      Badan Kebajikan Keluarga Islam Melaka Mesir menyeru kepada semua penghuni Rumah Melaka Sementara III dan rumah sewa agar sama-sama bersedia bagi menghadapi proses perpindahan yang akan dijalankan dalam masa terdekat ini.
   
      Oleh itu, Unit Perumahan Badan Kebajikan Keluarga Islam Melaka Mesir (BKKIMM) dengan kerjasama Komiti Perpindahan juga telah menyediakan beberapa perkhidmatan bagi memudahkan pengurusan ahli khususnya yang terlibat dalam proses perpindahan ini. Antaranya, menyediakan kotak-kotak, perkhidmatan pengangkutan, gotong royong RMS III,  penghantaran barang-barang ahli dan sebagainya.

Untuk makluman semua ahli BKKIMM, taklimat proses perpindahan akan diadakan pada 20.4.2019 ( Sabtu ) dan proses perpindahan akan bermula pada tarikh 21.4.2019 ( Ahad ) hingga akhir bulan ini. Barang-barang akan dipindahkan ke Wisma Melaka, Wisma Seri Melaka dan rumah sewa sekitar Hayyu Sabi'. 
   
     Diharapkan agar semua ahli BKKIMM dapat menyusun masa dengan sebaiknya untuk mengemas barang-barang dan saling membantu dalam proses perpindahan ini. 

     Semoga Allah SWT menerima dan merahmati segala amalan dan gerak kerja yang akan dilakukan. 

"Memurnikan Fikrah, Membina Sahsiah"
"Memurnikan Pemikiran Melestarikan Kesatuan"

#BKKIMMKeluargaKita
#BersamaBersatu

Yang Benar, 
NOR HASIF BIN NORAZLAN
Ketua Unit Perumahan
Badan Kebajikan Keluarga Islam Melaka Mesir
sesi 2018/2019

No comments:

Post a Comment