Saturday 20 April 2019

UKHTI'19 : UKHUWAH KITA SATU HATI

Kaherah, 13 April 2019 - Bertemakan "Srikandi Thaqafi, Pendidik Generasi" dibawah Hal Ehwal Wanita Islam (HEWI) Badan Kebajikan Keluarga Islam Melaka Mesir sesi 2018/2019 telah menganjurkan sebuah program yang diberi nama "UKHTI'19". Program ini telah diadakan di Sutuh Rumah Melaka Sementara lll dan dihadiri seramai 40 akhawat. Program ini bertujuan mengerat dan memperkukuh ukhuwah dalam kalangan mahasiswi BKKIMM dan memberi pencerahan ilmu semasa yang diperlukan oleh mahasiswi BKKIMM.

   Program telah dimulakan pada waktu petang dengan slot 'Indoor Game' yang dikendalikan oleh unit pengisian komiti UKHTI'19 sendiri, antara permainan yang dijalankan ialah who's her, secret letter, dan lain-lain lagi. Setelah itu, diteruskan dengan dengan slot 'Girls and Travel' yang disampaikan oleh Dr.Alia Binti Mohd Ashari, kuliah Perubatan Al-Azhar. Dalam slot ini telah dikongsikan berkaitan hukum wanita bermusafir mengikut keadaan semasa terutama ketika di bumi Mesir ini. 

 Setelah itu, majlis diteruskan dengan majlis perasmian penutup. Majlis dimulai dengan ucapan oleh pengarah  UKHTI'19, Ustazah Nur Iman Munirah Binti Mohd Husaini, disusuli dengan ucapan Timbalan Ketua Hewi Badan Kebajikan Keluarga Islam Melaka Mesir, Ustazah Nur Ain Sofea Binti Mazlan dan ucapan perasmi jemputan iaitu  Ustazah Aida Nazihah Binti Razali selaku Naib Pengerusi Hewi Badan Kebajikan Mahasiswa/wi Islam Pahang. Majlis diteruskan lagi dengan persembahan nasyid daripada kumpulan Wardatul Hamra' dan diakhiri dengan slot 'Give and Take'(penukaran hadiah) antara semua akhawat BKKIMM dan sesi bergambar.

   Akhir sekali, peringkat komiti UKHTI'19 mengharapkan program kali ini dapat mencapai objektif yang telah diletakkan serta mampu memberi manfaat kepada seluruh mahasiswi dari pengisian yang diberikan. 

"Srikandi Thaqafi, Pendidik Generasi"
"Memurnikan Fikrah, Membina Sahsiah"
"Memurnikan Pemikiran Melestarikan Kesatuan"


#BKKIMMKeluargaKita
#BersamaBersatu

Disediakan oleh:
Setiausaha(Unit Promosi) |UKHTI'19| BKKIMM sesi 2018/2019

No comments:

Post a Comment