Thursday 25 April 2019

KENYATAAN TAWAQUF PROGRAM DAN PEMAKLUMAN FAMILY BREAK AMALI

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani. Segala puji bagi Allah Tuhan pencipta alam. Selawat dan salam buat junjungan besar Baginda Nabi Muhammad S.A.W, ahli keluarga Baginda, para sahabat serta penyambung risalah Baginda S.A.W. Moga-moga kita semua berada dalam dakapan rahmat dan perlindungan Allah S.W.T, Amin.

     Pada tempoh ini memperlihatkan seluruh mahasiswa/wi pengajian Islam Universiti Al-Azhar sedang mempersiapkan diri untuk menghadapi peperiksaan fasa kedua bagi pengkuliahan sesi 2018/2019. Mahasiswa/wi Pengajian Islam Universiti Al-Azhar bertungkus lumus dalam mempersiapkan diri bagi imtihan yang bakal ditempuhi. Majlis Gabungan BKAN (MGB) dan semua Badan Kebajikan Anak Negeri (BKAN) pula tidak terlepas dalam menyusun  semaksima mungkin pelbagai aktiviti berbentuk pendidikan bagi membantu mahasiswa/wi untuk menghadapi peperiksaan yang bakal tiba. 

     Badan Kebajikan Keluarga Islam Melaka Mesir (BKKIMM) di bawah kelolaan Unit Pendidikan telah merangka beberapa inisiatif kecemerlangan antaranya Subject Booster, Kelas Tutorial, Examination Schedule dan Study Group bagi memastikan ahli BKKIMM dapat bersedia untuk menghadapi imtihan yang bakal menjelma. 

    Sehubungan itu, pemakluman kepada seluruh mahasiswa mahasiswi Melaka di perlembahan Nil bahawa tanggal 19 Syaaban 1440 Hijrah bersamaan 25 April 2019 Masihi adalah tarikh penangguhan sebarang program di peringkat BKKIMM kecuali program-program berbentuk pendidikan. Manakala 20 Syaaban 1440 Hijrah bersamaan 26 April 2019 Masihi adalah tarikh bermulanya ‘Family Break Amali’.

     Akhir sekali, pihak BKKIMM amat mengharapkan kepada semua ahli untuk menghadiri dan memberikan komitmen kepada ‘Family Break Amali’ yang dijalankan serta memanfaatkan setiap ruang masa yang berbaki dalam menghadapi imtihan yang bakal menjelma dengan sebaiknya bagi memastikan kecemerlangan yang diimpikan dapat dicapai dan digenggam oleh kita. BKKIMM mendoakan agar seluruh anak Melaka yang akan menghadapi imtihan diberikan kemudahan dan memperoleh kejayaan yang cemerlang Dunia dan Akhirat.

"Memurnikan Fikrah, Membina Sahsiah"
"Memurnikan Pemikiran Melestarikan Kesatuan"

#BKKIMMKeluargaKita
#BersamaBersatu

Disediakan oleh : 
MUHAMMAD AKRAM BIN MAMAD
Timbalan Yang Dipertua
(Ketua Unit Perancang dan Panitia) BKKIMM sesi  2018/2019

No comments:

Post a Comment