Tuesday 17 March 2020

KENYATAAN RASMI BADAN KEBAJIKAN KELUARGA ISLAM MELAKA MESIR (BKKIMM) BERHUBUNG PENULARAN WABAK COVID-19

   Badan Kebajikan Keluarga Islam Melaka Mesir (BKKIMM) mengambil serius berkenaan wabak COVID-19 yang semakin menular di bumi Mesir. Bagi memastikan semua ahli terus cakna dengan situasi terkini, maka peringkat BKKIMM ingin menasihatkan kepada semua ahli untuk mematuhi beberapa garis panduan keselamatan bagi kebaikan semua pihak. Antaranya adalah seperti berikut :

1) Membuat persediaan bekalan makanan asasi yang mencukupi dan dinasihatkan juga agar semua ahli tidak ' panic buy '.
2) Menjaga kebersihan rumah atau premis masing-masing.
3) Sentiasa memakai dan bawa bersama mask serta hand sanitizer apabila hendak keluar rumah.
4) Jika ada sebarang tanda-tanda COVID-19 boleh segera hubungi peringkat Pegawai Atase Pendidikan Negeri Melaka atau Unit Kebajikan BKKIMM.
5) Elakkan daripada berada di khalayak ramai dan keluar rumah tanpa keperluan yang mustahak.
6) Mematuhi segala arahan dan saranan kesihatan serta pengawalan pergerakan dari Kerajaan Mesir dan Kedutaan Besar Malaysia Kaherah berkaitan isu penularan wabak COVID-19.
7) Mematuhi saranan dari Majlis Fatwa Haiah Kibar Ulamak Azhar supaya lebih baik solat berjemaah di rumah berbanding di masjid.
8) Dinasihatkan juga bagi ahli yang pulang bercuti di Malaysia untuk mematuhi segala panduan kesihatan dan akta kawalan pergerakan seperti yang disarankan oleh Kerajaan Malaysia.
9) Sentiasa melazimi bacaan qunut nazilah pada setiap kali solat.
10) Memohon kepada Allah SWT agar diberikan pertolongan dan dihindari daripada sebarang bala bencana.

    Berikutan penularan wabak COVID-19 ini BKKIMM akan menangguhkan semua program sepanjang bulan Mac ini. Diharapkan semua ahli dapat mengambil serius berkaitan penularan COVID-19 ini.

    Semoga semua ahli dapat memanfaatkan masa cuti dengan perkara yang berfaedah. Sebarang maklumat dan arahan akan dimaklumkan dari semasa ke semasa.

Sekian, terima kasih

   ๐Ÿ“Sebarang permasalahan atau aduan boleh terus disalurkan kepada : 

[ Pegawai Atase Pendidikan Negeri Melaka ]
Haji Masykuri bin Khamid
+201012955182 (Call & WhatsApp)

[ Yang Dipertua BKKIMM ] 
Ustaz Muhammad Audi bin Ismail
+20 112 276 3678 (Call & WhatsApp)

[ Timbalan Ketua HEWI BKKIMM ] 
Ustazah Nur Ain Sofea binti Mazlan
+20 121 249 6194 (Call & WhatsApp)

[ Bendahari Agung (Ketua Unit Kebajikan) ]
Ustaz Ahmad Solihin bin Ahmad Tamrin Zakry
+20 100 884 2341 (Call & WhatsApp)

[ Timbalan Bendahari Agung (Timbalan Ketua Unit Kebajikan) ]
Ustazah Siti Barizah binti Asni
+20 111 667 5649 (Call & WhatsApp)


"Memurnikan Fikrah, Membina Sahsiah"
"Memurnikan Pemikiran Melestarikan Kesatuan"

#BKKIMMKeluargaKita
#BersamaBersatu

Disediakan oleh : 
Jabatan Yang Dipertua | BKKIMM sesi 2018/2019

No comments:

Post a Comment