Antara penekanan objektif pada kali ini adalah memberi galakan kepada ahli dalam memanfaatkan waktu Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dengan aktiviti yang berfaedah pada bulan Syawal. Kedua, menambah thaqafah ahli dalam membentuk kefahaman rabbaniyun. Seterusnya, menjadikan bulan Syawal sebagai medan untuk meningkatkan lagi ukhuwah Islamiyah mengikut garis panduan yang telah ditetapkan.
Seterusnya pada 26 Mei 2020 pihak komiti SALAM'20 meneruskan program berbentuk ilmiah iaitu Diskusi Kitab 'Maza ba'da Ramadan' yang dibentangkan oleh Ustaz Abdul Wafi bin Abdul Aziz dan telah disiarkan secara langsung di laman Facebook BKKIMM. Selain itu, peringkat komiti juga telah mengadakan pertandingan media bagi menyerikan lagi sambutan di bulan Syawal yang mulia ini contohnya pertandingan mesej bermakna, pertandingan fotografi dan lainnya. Sambutan ini dapat disambut dengan meriah sekali meskipun perlu menjaga etika kawalan pergerakan di bumi Mesir ini.
Akhir sekali, pihak komiti pelaksana program SALAM '20 mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir dan Batin buat seluruh mahasiswa/wi Melaka di Mesir. Semoga amalan kita sepanjang bulan Ramadan diterima oleh Allah S.W.T.
تقبل الله منا ومنكم وأعمال صالح
"Ketakwaan Diselami, Aidilfitri Dihayati"
“ Profesionalisme Mahasiswa, Membina Ilmuan Berbakti”
#KetakwaanAsasKemenangan
#BKKIMMKeluargaKita
Disediakan oleh :
Setiausaha (Unit Promosi dan Publisiti) | SALAM '20 |
Badan Kebajikan Keluarga Islam Melaka Mesir
sesi 2019/2020
No comments:
Post a Comment