Tuesday 18 August 2020

[ MAJLIS RUMAH TERBUKA AIDILADHA 2020 DI MALAYSIA ]


MELAKA, 9 OGOS 2020 – Badan Kebajikan Keluarga Islam Melaka Mesir (BKKIMM) telah menganjurkan sebuah Majlis Rumah Terbuka Aidiladha yang bertempat di Japerun Duyong, Melaka Tengah bersempena Sambutan Hari Raya Aidiladha 1441H baru-baru ini. Program ini diadakan khusus buat mahasiswa dan mahasiswi Melaka Mesir yang pulang bercuti di Malaysia. Program ini merupakan gabungan program SAADAH '20 anak-anak Melaka yang berada di Mesir dan di Malaysia.

    Tema yang dibawa oleh program ialah “Ibrah Diselami, Kemenangan Diberkati” yang diketuai oleh Pengarah program iaitu saudara Muaz bin Salleh dan Timbalan Pengarah iaitu saudari Nur Syafiqah binti Mohamed Nasir.

    SAADAH '20 membawa beberapa objektif penting, antaranya adalah memperkenalkan BKKIMM kepada ibubapa dan para tetamu jemputan dan juga bertujuan untuk menjalinkan hubungan baik antara anak Melaka, ibubapa, alumni BKKIMM dan peringkat Kerajaan Negeri.
    
    Seterusnya, menjadikan program SAADAH '20 sebagai medium untuk mengukuhkan ukhwah dalam kalangan anak Melaka rentetan daripada tempoh PKP akibat daripada pandemik COVID-19 tanpa mengabaikan penjagaan 'Standard Operating Procedure' (SOP) semasa majlis seperti yang telah digariskan oleh pihak berwajib.


    Majlis telah berlangsung dari jam sepuluh pagi sehingga dua petang. Majlis ini dimulakan dengan ucapan oleh saudara Shahrul Ikmal bin Rahim selaku wakil pimpinan Badan Kebajikan Keluarga Islam Melaka Mesir (BKKIMM) sesi 2019/2020.

    Seterusnya, majlis diteruskan dengan ucapan perasmian oleh Encik Ahmad bin Saidin selaku Pengerusi Persatuan Ibu Bapa Mahasiswa Melaka Mesir (PIBMMM). Kemudian majlis perasmian berakhir dengan penyerahan sumbangan daripada PIBMMM kepada pihak penganjur program. Seterusnya, majlis dilanjutkan dengan penyampaian hadiah kepada semua pemenang pertandingan Karya Kreatif yang telah dianjurkan oleh peringkat program. Sebagai penutup, majlis diakhiri dengan tayangan video kenangan anak-anak Melaka di Mesir dan juga sedikit jamuan yang telah disediakan. 



    Akhirnya, peringkat BKKIMM mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak dan penggerak program yang terlibat secara langsung ataupun tidak langsung dalam menjayakan Sambutan Aidiladha 2020 (SAADAH '20) ini. Semoga program yang dianjurkan ini dapat mengukuhkan lagi kesatuan dan ukhwah anak-anak Melaka di samping menjadi wasilah untuk mempertingkatkan lagi ketakwaan dan keimanan kita kepada Allah SWT.

 “Ibrah Diselami, Kemenangan Diberkati” 

 “Profesionalisme Mahasiswa, Membina Ilmuan Berbakti”
 "Memurnikan Pemikiran Melestarikan Kesatuan"

 #KORBAN20
 #BKKIMMKeluargaKita
 #BersamaBersatu

 Disediakan oleh :
 Setiausaha (Promosi dan Publisiti) | SAADAH '20 | BKKIMM sesi 2019/2020

No comments:

Post a Comment