Friday 7 August 2020

SAMBUTAN AIDILADHA 2020



KAHERAH, 31 Julai 2020 – Badan Kebajikan Keluarga Islam Melaka Mesir (BKKIMM) sekali lagi dengan jayanya menyambut sambutan Hari Raya Aidiladha 1441 H. Sambutan pada tahun ini diberi nama SAADAH'20, dan ia merupakan sambutan yang saban tahun diadakan khusus bagi anak-anak Melaka di Mesir bagi menyambut Hari Raya Aidiladha. Tema yang dibawa oleh komiti program pada kali ini ialah “Ibrah Diselami, Kemenangan Diberkati”  yang diketuai oleh Pengarah iaitu Ustaz Abdul Mujib bin Othman dan Timbalan Pengarah, Ustazah Siti Balqis binti Zaidi. 
 
   “Sambutan Aidiladha 2020” atau SAADAH'20 pada tahun ini menekankan beberapa aspek yang penting bagi mahasiswa Melaka Mesir.  Antaranya ialah penekanan penghayatan sirah pengorbanan para anbiya’ dalam melaksanakan perintah Allah SWT serta mengaplikasikannya di dalam kehidupan. Di samping itu, program ini juga bertujuan melahirkan dan memupuk mahasiswa yang berpengetahuan dan berilmu melalui medium persatuan BKKIMM. Tambahan pula, program SAADAH'20 juga dijadikan sebagai medium untuk mengukuhkan ukhuwah dalam kalangan anak Melaka semasa PKP akibat daripada pandemik Covid 19 di samping menjaga 'Standard Operating Procedure' (SOP) yang telah digariskan oleh pihak berwajib. 

   SAADAH'20 membuka tirainya pada 30 Julai 2020 dengan ambang SAADAH'20 menerusi siaran langsung di Facebook Bkan Melaka BKKIMM iaitu Forum Soal Jawab berkaitan Hari Raya Aidiladha oleh Ustaz Mohamad Bukhari Ridha bin Mohd Bakri sebagai panel dan Ustaz Ahmad Solihin bin Ahmad Tamrin Zakry sebagai moderator. Ambang SAADAH'20 diteruskan lagi dengan perutusan Aidiladha yang disampaikan oleh YDP BKKIMM sesi 2019/2020, Ustaz Muhammad Audi bin Ismail dan majlis perasmian SAADAH'20 yang dirasmikan oleh penasihat BKKIMM iaitu Ustaz Abdul Wafi bin Abdul Aziz. Hari raya pertama anak-anak Melaka dimulakan dengan solat sunat Aidiladha di kediaman masing-masing kemudian diteruskan dengan aktiviti sembelihan dan lapahan daging. Aktiviti sembelihan pada tahun ini telah dilaksanakan oleh beberapa orang wakil komiti SAADAH'20 di pusat penyembelihan, manakala proses pemotongan daging pula dilaksanakan oleh ahli-ahli BKKIMM. Seusai aktiviti lapahan, daging-daging tersebut telah diagihkan kepada anak-anak Melaka dan warga Arab di sekitar premis. Program SAADAH'20 melabuhkan tirainya dengan Tazkirah Khas Dhuha oleh Ustazah Wafa Alia binti Mohd Zaid selaku aktivis BKKIMM pada hari raya kedua Aidiladha yang bertajuk "Aidiladha: Peluang Ketaatan" menerusi siaran langsung di Facebook Bkan Melaka BKKIMM.

   Akhirnya, peringkat BKKIMM mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang terlibat secara langsung ataupun tidak langsung dalam menjayakan Sambutan Aidiladha 2020 (SAADAH'20) ini. Jutaan terima kasih juga diucapkan kepada Pegawai Atase Pendidikan Negeri Melaka Ustaz Haji Masykuri bin Khamid atas keizinan menggunakan premis. Semoga Sambutan Aidiladha 2020 (SAADAH'20) yang dianjurkan ini dapat mengukuhkan lagi kesatuan dan ukhwah anak-anak Melaka di samping menjadi wasilah untuk mempertingkatkan lagi ketakwaan dan keimanan kita kepada Allah Swt. 

“Ibrah Diselami, Kemenangan Diberkati”

“Profesionalisme Mahasiswa, Membina Ilmuan Berbakti”

#KORBAN20 
#BKKIMMKeluargaKita

Disediakan oleh :
Setiausaha (Promosi dan Publisiti) | SAADAH'20 | BKKIMM sesi 2019/2020

No comments:

Post a Comment