Program HAURA' 1.0 pada kali ini menekankan beberapa objektif penting, antaranya ialah berkaitan jati diri seorang muslimah dan menambah thaqafah berkenaan fiqh wanita serta mengeratkan ukhuwah mahasiswi Melaka Mesir.
Pada hari berikutnya, pengisian diteruskan dengan Pertandingan Sifu Dapur iaitu pertandingan memasak mengikut kategori masakan negara yang diberikan kepada setiap kumpulan, kemudian disusuli dengan "Tea Talk : Maruah dan Jati Diri Seorang Muslimah" yang dikendalikan oleh Ustazah Amy Nurul Aimieza binti Abdull Aziz selaku Naib Setiausaha Agung BKKIMM sesi 2021/2022 sebagai moderator dan Ustazah Masthurhah binti Ismail selaku Pensyarah Kanan Akademi Pengajian Islam Kontemporari UiTM Perak sebagai panel jemputan pada hari terakhir program.
Akhir sekali, setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada semua mahasiswi yang bersama-sama menjayakan program ini hingga ke akhirnya. Semoga dengan pelaksanaan program HAURA 1.0 dapat menambah thaqafah dan memberi kesedaran kepada seluruh mahasiswi dalam memahami masalah fiqh wanita sekaligus menuntut kepada mahasiswi agar memainkan peranan dengan baik terutamanya di medan masyarakat.
"Muslimah Nadi Pembangun Ummah"
"Medan Islami Menuai Bakti"
"Memurnikan Pemikiran Melestarikan Kesatuan"
#MuslimahNaunganIlahi
#1Hati1Wahdah
#BersamaBersatu
No comments:
Post a Comment