[Tazkirah HEWI]
RAMADAN adalah bulan istimewa berbanding bulan-bulan lain. Pada bulan tersebut diturunkan al-Quran, terdapat Lailatulqadar, digandakan amalan, syaitan-syaitan dirantai dan pelbagai keistimewaan lain diberikan yang tidak terdapat pada bulan-bulan lain.
Antara amalan paling utama yang patut dilakukan oleh setiap muslim di bulan Ramadan yang diberkati ini ialah mengkhatamkan al-Quran. Tsabit perbuatan Nabi S.A.W mengkhatamkan al-Quran sebanyak dua kali bersama Jibril a.s pada tahun Baginda diwafatkan.
Ini bermakna, sunnah membaca al-Quran dan mengkhatamnya sambil menghayati makna ayat, bukan sekadar membaca sahaja. Ini kerana, tujuan membaca al-Quran akan hilang tanpa menghayati isinya.
Menurut Ibrahim al- Nakha'i, al-Aswad mengkhatam al-Quran dua malam sekali pada bulan Ramadan.
Qatadah pula mengkhatam al-Quran setiap minggu. Pada bulan Ramadan, dia mengkhatam al-Quran sebanyak tiga kali. Apabila tiba sepuluh hari terakhir Ramadan, dia akan mengkhatam pada setiap malam.
Mujahid pula mengkhatam al-Quran setiap malam pada bulan Ramadan.
Menurut Mujahid, Ali bin al-Azdiy mengkhatam al-Quran setiap malam pada bulan Ramadan.
Menurut al-Rabi' bin Sulaiman, Imam Syafie mengkhatam al-Quran sebanyak 60 kali pada bulan Ramadan.
No comments:
Post a Comment