Segala puji bagi Allah s.w.t. Tuhan yang tiada sekutu bagiNya. Selawat dan salam
ke atas junjungan mulia Rasulullah s.a.w. juga kepada ahli kerabat Baginda,
para sahabat Baginda, kepada mereka yang menyahut petunjuk yang dibawa Baginda
serta mereka yang mengikut jejak langkah Baginda hingga hari akhirat.
Majlis Sambutan Aidiladha dan Haflah Najihin ( RAIHAN ’11 )
yang baru saja selesai disambut oleh semua mahasiswa/wi Islam Melaka baru-baru
ini amat memberikan kesan terhadap kelangsungan Badan Kebajikan Keluarga Islam
Melaka Mesir
( BKKIMM ).
( BKKIMM ).
Kesatuan, kerjasama, pengorbanan dan biah solehah yang ditonjolkan
oleh setiap peringkat memberikan suntikan semangat serta keyakinan terhadap apa
yang diperjuangkan oleh BKKIMM dalam memperkasakan gagasan ukhwah dan wahdah
serta gagasan adab dan tarbiah bagi sesi ini.
Walaupun pelbagai mehnah ( dugaan ) yang ditempuh terutamanya dari
segi tempat perjalanan program, itu langsung tidak mematahkan semangat setiap
mahasiswa/wi Islam Melaka di Mesir ini bagi menjayakan program ini.
Kemeriahan jelas terserlah dengan keterlibatan dan komitmen yang penuh
oleh setiap peringkat dan mahasiswa/wi Islam Melaka. Dewan yang penuh dengan
kehadiran ahli serta tetamu-tetamu yang tidak putus-putus hadir menjadikan
majlis bertambah serinya.
Ucapan
jutaan terima kasih diucapkan buat sekalian adhoc pelaksana Majlis
Sambutan Aidiladha dan Haflah Najihin ( RAIHAN 11 ) yang memberikan pengorbanan
yang tinggi tidak kira siang dan malam demi menjayakan program RAIHAN 2011 ini
yang merupakan program Mega pertama bagi kenaikan pimpinan sesi 2011/2012 ini
.Hanya Allah sahaja yang mampu membalas jasa dan pengorbanan kalian.
Ucapan
terima kasih diucapkan buat Presiden PMRAM serta barisan Badan Pengurus
PMRAM dan HEWI PMRAM yang sudi hadir
sekaligus memeriahkan lagi program Mega BKKIMM, RAIHAN 11 pada kali ini. Begitu
juga dengan para pimpinan Badan Kebajikan Anak Negeri
( BKAN ) yang sudi menerima jemputan sebagai tetamu kami pada majlis tersebut.
( BKAN ) yang sudi menerima jemputan sebagai tetamu kami pada majlis tersebut.
Ucapan
ribuan malahan jutaan terima kasih diucapkan kepada Majlis Kebajikan
Keluarga Kedah ( MKKK ) yang sudi memberikan ruang yang penuh kepada pihak
BKKIMM untuk menggunakan premis di Rumah Kedah Lama, Hayyu Sabie’ bagi
menjayakan RAIHAN 11 ini. Jasa dari pihak BKAN Kedah amat kami hargai.
Begitu juga
buat semua mahasiswa/wi Islam Melaka Mesir yang memberikan bantuan
samaada langsung atau tidak langsung bagi sama-sama menjayakan program RAIHAN
11. Kamu semua adalah tunjang kekuatan ukhuwah dan wahdah dalam kesatuan Badan
Kebajikan Keluarga Islam Melaka Mesir (BKKIMM).
Tidak
dilupakan kita sama-sama kita membacakan al-fatihah buat seorang ibu kepada
salah seorang sahabiah kita yang baru sahaja meninggalkan kita untuk kembali ke
sisi Ilahi pada malam sebelum Majlis RAIHAN 11 berlangsung. Moga Allah
merahmati roh ibu beliau dan diberikan kekuatan buat sahabiah kita ini,i'allah.
AL-FATIHAH.
Mari sama-sama
kita pastikan yang :
BKKIMM
akan terus bergerak dan BKKIMM adalah milik semua!
AMIR
AL-AMIN BIN MUSTAFF
Yang
Di-Pertua
Badan
Kebajikan Keluarga Islam Melaka Mesir
Sesi
2011/2012
No comments:
Post a Comment