öö@è% …
ö@yd ÈqtGó¡o tûïÏ%©!$# tbqçHs>ôèt tûïÏ%©!$#ur w tbqßJn=ôèt 3 …
Maksudnya: "Adakah sama
orang-orang Yang mengetahui Dengan orang-orang Yang tidak
mengetahui? (Surah Az-Zumar : 9)
:Beliau juga mengaitkan hadis, sabda Rasulullah SAW:
من أراد الدنيا فعليه بالعلم
ومن أراد الأخرة فعليه بالعلم ومن أرادهما معا فعليه بالعلم " ”
Maksudnya: Sesiapa yang mahukan
dunia, maka wajib ke atasnya ilmu, barangsiapa yang mahukan akhirat, maka wajib
ke atasnya ilmu. Dan barangsiapa yang mahukan kedua2nya sekali, maka ke atasnya ilmu"
Seterusnya, beliau
menekankan tentang ketauhidan kepada Allah SWT dengan memperingatkan kita semua
tentang kematian yang tidak diketahui bila masanya. Sesungguhnya nikmat syurga
ini sangat indah sehinggakan apabila manusia yang telah dimasukkan ke dalam
neraka dan merasai azabnya, apabila dimasukkan sebentar ke dalam syurga,mereka
merasakan seolah-olah tidak pernah menghadapi derita sebelum ini.
Akhirnya,beliau
berkongsi mengenai kalam mutiara daripada Imam As-Syafie:
أخي لن تنال العلم إلا بستة سأتيك عنها مخبرا ببيان
ذكاء وحرص واصطبار وبلغة وصحبة أستاذ وطول زمان
Maksudnya : wahai saudaraku, engkau pasti tidak
akan mencapai ilmu kecuali dengan 6 perkara. Aku akan menerangkannya dengan
memberitahu secara terperinci. Pertama, perlu ada kecerdikan dan
kehalobaan (minat yang tinggi) dan kesabaran dan sempurna
akal dan bersahabat dengan ustaz dan panjangkan masa.
Pelbagai lagi pengisian
rohani yang disampaikan oleh Ustaz Badrul Amin bin Ashaari. Semoga dengan apa
yang disampaikan dapat diambil iktibar dan panduan buat kita semua. Diharap
kepada semua anak-anak Melaka di Wisma Seri Melaka ini dapat mengisi ‘Penghulu
Segala Hari’ dengan permulaan yang bermanfaat.
Seusai tazkirah
tersebut,majlis ilmu pada pagi jumaat ini disusuli dengan bacaan surah Al-Kahfi
secara beramai-ramai.
Jazakumullahu Khairan
Jazak kepada sahabat-sahabat yang hadir. Semoga Allah memberi keampunan kepada
kita semua dalam setiap perkara yang kita lakukan.
Semoga sahabat-sahabat lain bersedia menjadi pentazkirah seterusnya.
Allahumma Solli a’la
Saidina Muhammad wa a’la alihi wasohbihi ajmaie’n
BKKIMM terus bergerak.
BKKIMM milik semua.
No comments:
Post a Comment