“
Orang-orang MUKMIN itu adalah bersaudara,maka dengan itu perdamaikanlah antara
dua orang saudara Mu,dan takutlah kepada ALLAH,mudah-mudahan kamu mendapat
RAHMAT”.
Antara,input dari ayat yang disampaikan ialah menguatkan lagi pertalian ukhuwah sesama kita.Jangan lah sekali-kali kita menunjukkan perasaan tidak suka kepada sesama muslim itu kerana ianya adalah perkara yang amat ditegah.Maka dengan itu marilah kita sama-sama menjadi ikatan ukhuwah sesama kita dan mempereratkan lagi tali ukhuwah yang telah kita bina ini agar ianya terus berkekalan hingga ke akhir hayat.
Seterusnya,beliau
berkongsikan sedikit Hadis Nabi mengenai Hak Sesama muslim dengan saudara
muslim yang lain antaranya :-
1-
Sebarkan salam.
2-
Doakan orang yang bersin.
3-
Ziarah orang yang sakit.
4-
Iringi orang yang akan dikebumikan.
5-
Nasihati orang yang minta nasihat.
6-
Menghadiri majlis perkahwinan.
Pelbagai
lagi perkongsian makanan rohani di pagi hari yang diberikan oleh Ustaz Ahmad
Rabbani.Semoga dengan apa yang kita dapat pada hari ini dapat kita praktikan
sedikit demi sedikit dan dijadikan sebagai iktibar dan pengajaran buat kita
semua.Diharapkan semua anak-anak Melaka Mesir yang berada di Wisma Melaka dapat
mengisi “Penghulu Segala Hari” dengan permulaan yang bermanfaat.
Seusai
majlis tazkirah.Disusuli pula,seperti biasa pengisian rohani pagi dengan bacaan
Surah Al-Kahfi secara beramai-ramai.
Jazakumullahu
Khairan Jazak diucapkan kepada sahabat-sahabat yang hadir.Semoga ALLAH memberi
keampunan kepada kita semua dengan apa yang kita lakukan.Ameen.
Dan
seterusnya,diharapkan sahabat2 yang bersedia untuk menjadi penyumbang sedikit
ilmu kapeda sahabat-sahabat yang pada hari yang seterusnya.
Allahumma
Solli a’ala Saidina Muhammad wa a’ala alihi wasohbihi ajmaie’n.
“BKKIMM terus bergerak”..
“BKKIMM milik semua”..
No comments:
Post a Comment