Kaherah, Jumaat, 20 Januari 2012 bersamaan 26 Safar 1433H, Badan Kebajikan Keluarga Islam Melaka Mesir (BKKIMM) 2011/2012 seperti biasa meneruskan sesi tazkirah pada setiap pagi jumaat sebagai mengisi
kekosongan rohani yang dahagakan ilmu setiap hari. Tazkirah jumaat yang
dipengerusikan oleh Ustaz Ahmad Mohsen bin Abd. Hamid bertempat di Surau Wisma
Melaka dimulakan dengan bacaan Ummul Kitab Al-Fatihah. Ketua Unit Dakwah BKKIMM
sesi 2011/2012 Ustaz Khairul Fadhli bin Hussin sebagai pentazkirah membuka
perkongsian beliau dengan hadis daripada sabda baginda Muhammad SAW:
حدثنا الحميدي عبد الله بن الزبير قال حدثنا سفيان قال حدثنا يحيى بن سعيد الأنصاري قال أخبرني محمد بن إبراهيم التيمي أنه سمع علقمة بن وقاص الليثي يقول سمعت عمر بن الخطاب رضى الله تعالى عنه على المنبر قال سمعت رسول الله صلى الله عليه وسلم يقول إنما الأعمال بالنيات وإنما لكل امرئ ما نوى فمن كانت هجرته إلى دنيا يصيبها أو إلى امرأة ينكحها فهجرته إلى ما هاجر إليه
Maksudnya: Umar bin Khattab berkata aku mendengar Rasulullah SAW sedang
berkata, “Sesungguhnya amal-amal perbuatan itu bergantung pada niat-niatnya.
Dan sesungguhnya setiap orang akan mendapatkan sesuai apa yang diniatkannya.
Barang siapa berhijrah kepada Allah dan Rasul-Nya maka hijrahnya kepada Allah
dan Rasul-Nya. Barang siapa berhijrah kepada dunia yang dikejarnya atau wanita
yang ingin dinikahinya maka hijrahnya kepada apa yang diniatkannya.
Hadis ini merupakan
pembukaan bagi Hadis 40 Imam Nawawi dan Soheh Bukhori. Pelbagai pengisian yang
dikongsikan berkenaan matan hadis di atas. Antaranya adalah niat merupakan
perkara pokok dalam setiap perbuatan setiap amalan yang kita kerjakan bagi
membezakan antara ibadat dan adat. Seperti mana setiap perbuatan kita adalah
diniatkan sebagai ibadat kepada Allah, maka seseorang itu akan beroleh pahala
daripada setiap perbuatannya. Namun begitu haruslah diingat bahawa setiap niat
kita mestilah ikhlas kerana Allah taala.
Pentazkirah : Ustaz Khairul Fadhli bin Hussin |
Antara perkongsian
seterusnya adalah berkaitan 3 perkara yang perlu manusia waspada iaitu:
1. Takhta
2. Harta
3. Wanita
Antara kalam ulama’ yang
dinaqalkan, “ Jadikan dunia (harta) dalam tangan kami, janganlah jadikan dunia(harta)
dalam hati kami”.
Sedikit persoalan yang ditinggalkan oleh pentazkirah
kepada para hadirin iaitu berkaitan pembahagian martabat Ikhlas. Mari sama-sama
kita mengkaji apakah yang cuba dibahaskan oleh pentazkirah tersebut. Semoga pentazkirah
yang akan datang dapat bersedia sebaiknya.
Seusai tazkirah jumaat, hadirin juga turut bersama mengalunkan
bacaan surah Al-Kahfi.
Semoga Allah menerima setiap amalan kebaikan kita
kerana Allah di hari Jumaat yang mulia ini. Banyakkan berselawat kepada baginda
Muhammad SAW. Semoga sama-sama mendapat syafaat baginda di akhirat kelak. Amin.
BKKIMM terus bergerak dan BKKIMM milik semua
No comments:
Post a Comment