10 Febuari: Kedatangan bulan mulia bulan rabiul awwal iaitu
bulan kelahiran jujungan besar kita Nabi Muhammad Sollahu alaihi wasallam
disambut dengan penuh dengan kegembiraan dan kerinduan. Bulan dimana banyak majlis-majlis
memperingati dan mengenang jasa perjuangan Rasulullah S.A.W diadakan diseluruh
dunia khasnya Negara-negara islam.
Sehubungan
dengan itu, Badan Kebajikan Keluarga Islam Melaka Mesir (BKKIMM) yang menaungi
anak-anak Melaka di Mesir telah mengadakan majlis sambutan maulidur rasul pada
6 febuari 2012 bersamaan 14 rabiul awwal 1433H di Wisma Seri Melaka yang
dianjurkan oleh Unit Dakwah diketuai oleh Khairul Fadhli Bin Husin.
Majlis
dimulakan pada pukul 7.30 malam dengan alunan qasidah pujian kepada Rasulullah
SAW, kemudian disusuli dengan ceramah yang disampaikan oleh Syeikh Rohimuddin Bin
Nawawi Al-Bantani yang dipengerusikan oleh ketua unit dakwah sesi 2011/2012
Khairul Fadhli bin husin.
Syeikh Rohimuddin Bin Nawawi
Al-Bantani mengingatkan bahawa setiap yang bergelar umat Rasulullah SAW agar
sentiasa berselawat dan mengamalkan sunnah setiap masa. Dan pada bulan yang
mulia ni, kita digalakkan untuk memperbanyakkan lagi amalan-amalan sunnah,
sebagaimana sabda Rasulullah SAW, mafhum nya: “Barang siapa yang mengamalkan
atau menghidupkan sunnah ku diakhir zaman, maka ganjarannya seperti syahid
dijalan Allah”.'
Lagi
beliau berkata, bagi setiap muslim itu
wajib dalam hatinya ada rasa cinta kepada Rasulullah SAW kerana apabila
hadirnya cinta, maka akan kita perbuat ape yang diperintahkan dan meninggalkan
apa saja dilarang oleh orang yang kita cintai. Maka madrasah tasawwuf adalah
madrasah yang terbaik untuk kita mendalami dan memahami apa itu kita kepada
Allah dan Rasulullah SAW, kerana apabila kita cinta kepada Rasulullah SAW maka
Allah juga akan cinta kepada kita bahkan akan menjadikan makhluk-makhluk juga
cinta kepada kita kerana Beliau SAW adalah kekasih Allah SWT dan Allah
mengasihi sesiapa yang mengasihi kekasihNya.
Majlis
berakhir pada jam 10.30 malam dan diakhiri dengan alunan selawat kepada
junjungan besar kita SAW.
BKKIMM terus bergerak..
BKKIMM milik semua..
No comments:
Post a Comment