Kaherah, 10 Februari - Unit Perumahan BADAN KEBAJIKAN
KELUARGA ISLAM MELAKA MESIR (BKKIMM) telah mengadakan aktiviti gotong royong
perdana sempena kempen “Jom Benci
Sampah”.
Sebelum aktiviti gotong royong bermula Yang Di Pertua BKKIMM saudara Amir
Al-Amin Bin Mustaff telah menyampaikan sedikit tazkirah dan ucapan perasmian
kempen “Jom Benci Sampah”. Aktiviti
tersebut telah berlangsung pada pukul 7.00 pagi dan berakhir pada pukul 9.30
pagi.
Hal ini, merupakan takwim tahunan bagi BKKIMM bagi setiap sesi kenaikan AJKT. Aktiviti gotong
royong perdana ini telah disertai oleh anak-anak Melaka di Wisma Seri Melaka
dalam kalangan mahasiswa dan mahasiswi.
Kerjasama gotong-royong antara ikhwah |
“Tujuan aktiviti ini diadakan adalah untuk menyedarkan mahasiswa dan mahasiswi betapa
pentingnya kita untuk menjaga kebersihan kerana kebersihan itu adalah
sebahagian daripada iman dan mendidik diri dan jiwa supaya lebih mengambil cakna tentang kebersihan”, ujar Yang Di Pertua BKKIMM dalam tazkirahnya.
Seluruh ahli Badan Kebajikan Keluarga Islam Melaka Mesir
memberi kerjasama sepenuhnya dalam menjayakan program gotong royong perdana ini
sekaligus melancarkan kempen ‘Jom Benci Sampah’.
Laporan oleh,
Unit Perumahan BKKIMM 2011/2012
No comments:
Post a Comment