Tarbiyah merupakan kelansungan tugas
rasul dan sahabat untuk menyucikan jiwa serta merupakan haluan bagi para
muttaqin . Menurut Dr.Ali Abdul Halim Mahmud,tarbiyah adalah satu method
terbaik yang mampu memberi interaksi secara lisan mahupun sentuhan bersama fitrah manusia.
Oleh yang demikian,tarbiyah berperanan sebagai
penyediaan medan latihan kearah
pembentukan du’at dan penerus dakwah disamping dapat mengubah manusia kepada yang lebih baik
dengan berlandaskan manhaj serta wasilah-wasilah tertentu sevara hikmah.Firman
ALLAH S.W.T :
Maksudnya :”….. …serulah manusia ke jalan agama tuhanmu dengan berhikmah dan peringatan
yang baik….”
Realiti
yang berlaku jelas menunjukkan ,keizzahan mahasiswa dan mahasiswi hari ini
tidak kira Pengajian Islam mahupun Perubatan semakin pudar, sirna sedikit demi
sedikit tanpa disedari. Ini kerana kurangnya penghayatan dan praktikal kepada
ayat-ayat Al-Quran serta ilmu agama yang dipelajari. Tanpa iman dan thabat di
dalam jiwa ,maka diri dengan mudah dicemari dengan dosa dan maksiat yang
dilakukan.
Apa yang
menyedihkan,kepadatan sebilangan besar daripada mahasiswa dan mahasiswi tidak
mencerminkan akhlak atau sikap sebagai seorang penuntut ilmu agama dan lebih
malang lagi wujudnya keruntuhan moral yang serius seperti budaya ikhtilat tidak
syar’ie syndrome couple yang masih
dianggap remeh di antara kita, menonton filem-filem lucah dan tidak mendatangkan
manfaat, (sms) tidak syar’ie dan perkara-perkara yang boleh mendatangkan
kemurkaan ALLAH S.W.T.
Fenomena ini
kian meruncing ,beberapa langkah pencegahan awal oleh BKKIMM diambil sebagai satu inisiatif
pelbagai antaranya dengan menterjemahkan kaedah-kaedah rawatan tersebut di dalam
beberapa program supaya dapat memberi kefahaman dan kesedaran kepada semua
ahli. Firman ALLAH S.W.T :
“…sesungguhnya Allah tidak akan mengubah keadaan sesuatu kaum sehingga
mereka mengubah keadaan yang ada pada diri mereka sendiri..”
Usaha mencegah
penyakit menular ini sangatlah diharapkan dari semua peringkat baik
kepimpinan mahupun ahli. Aplikasikan platform
Muzakarah berkelompok dan manhaj yang disusun dengan sebaiknya.Yakinlah
,proses tarbiyah yang berpandukan Al-Quran dan As-Sunnah akan mendidik hati
menjauhi kekotoran-kekotoran dari sudut I’tiqad, ibadah dan akhlak sebagai
perhiasan biri seorang muslim.
Duhai
pewaris nabi,ayuhlah kembali menuju ke arah yang suci. Moga kita mendapat restu
Ilahi. Jadikanlah RasuluLLah sebagai qudwah hasanah dalam menggapai
mardhatiLLah. Salam Al-Qadr!!
Hasil Nukilan:
Siti Iziatul Hawa Bte Mohd
Yusof
Timbalan Ketua Hewi
Sesi 2011/2012
No comments:
Post a Comment