Alhamdulillah bersyukur kita kehadrat Ilahi kerana masih lagi dikurniakan nikmat iman dan
islam.Kerana pastinya dengan keimanan serta
title kita sebagai muslim pasti menjadikan kita sebagai hamba yang tidak
akan sewenang-wenangnya cuba melanggar aturan sang Pencipta.
Perjalanan dalam
mencari ilmu mampu menjadikan seseorang yang begitu dahagakan ilmu akan
bertungkus lumus sedaya mungkin demi untuk mendapatkan kemanisan ilmu itu
sendiri. Hanya mereka yang benar-benar terjun di dalam medan ini mampu
memperoleh kemanisan tersebut.
Inilah perasaan yang
dirasai bagi mereka yang bergelar mahasiswa. Mahasiswa sanggup berkorban
perasaaan, masa, tenaga malahan wang ringgit demi untuk mencapai cita-cita yang
diinginkan.
Bahkan ini jugalah yang
dituntut oleh Islam kepada umatnya "
Mencari ilmu adalah kewajipan bagi setiap muslim " ( Riwayat
At-Tabrani ) dan " Barangsiapa yang berada
di dalam perjalanan mencari ilmu, Allah akan permudahkan baginya jalan ke
syurga " ( Riwayat Muslim)
Berdasarkan janji
ini, mahasiswa di Mesir khususnya akan terus berjuang demi mendapatkan ilmu
dari para ulama serta ilmuwan yang masyhur di Mesir ini.
Tetapi malangnya,
usaha ini seolah-olah dipandang enteng oleh sesetengah pihak. Tindakan seperti
menyekat kebajikan mahasiswa dari segi kewangan menjadi salah satu rutin yang
sering dimomokkan kepada mahasiswa /wi .
Kes yang berlaku
baru-baru ini kepada 9 mahasiswa Keluarga Penuntut-Penuntut Terengganu Mesir(
KPT ) yang ditarik pinjaman turut memberi kesan kepada mahasiswa Badan
Kebajikan Keluarga Islam Melaka Mesir ( BKKIMM ). Tindakan yang dikenakan
kepada 9 mahasiswa ini , dikira sebagai tindakan yang kurang wajar. Pihak
BKKIMM memohon jasa baik pihak Yayasan Terengganu ( YT ) agar dapat
mempertimbangkan semula tindakan ini,kerana ia berkait dengan isu kebajikan
mahasiswa.
KPT merupakan selaku
sahabat BKKIMM yang bersama-sama memperjuangkan kebajikan pelajar Malaysia yang
menuntut ilmu di Mesir di bawah Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir ( PMRAM
) selaku NGO yang berdaftar di Mesir.
Allah Taala
berfirman bermaksud; Wahai orang-orang beriman, jadilah kamu semua orang- orang
yang menegakkan ( keadilan) bagi Allah lagi saksi- saksi dengan bersikap adil.
Dan janganlah kebencian kamu kepada sesuatu kaum menghalang kamu untuk berlaku
adil. Hendaklah kamu berlaku adil, itulah yang lebih hampir dengan taqwa."
( Surah al-Maidah ayat 8 ).
"
KEMANTAPAN FIKRAH MEMBINA SYAKHSIAH "
"
BERILMU DAN BERAMAL "
AMIR
AL-AMIN BIN MUSTAFF
Yang
Di-Pertua
Badan
Kebajikan Keluarga Islam Melaka Mesir
Sesi
2011/2012
No comments:
Post a Comment