Bismillahirrahmanirrahim
Setinggi-tinggi kesyukuran dirafa’kan kehadrat Allah S.W.T di atas nikmat Iman dan Islam yang dikurniakan kepada kita semua. Selawat dan salam buat junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W pembawa risalah kebenaran, ahli keluarga baginda, para sahabat serta seluruh penggerak mata rantai perjuangan.
Setinggi-tinggi kesyukuran dirafa’kan kehadrat Allah S.W.T di atas nikmat Iman dan Islam yang dikurniakan kepada kita semua. Selawat dan salam buat junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W pembawa risalah kebenaran, ahli keluarga baginda, para sahabat serta seluruh penggerak mata rantai perjuangan.
“kamu
(umat islam)adalah umat terbaik yang
dilahirkan untuk manusia,(kerana kamu)menyuruh berbuat yang
ma’ruf,dan mencegah dari yang
mungkar,dan beriman kepada ALLAH”
(Al-Imran
: 110)
Serikandi Muslimah yang dirahmati ALLAH sekalian,
Pertamanya marilah kita sama-sama mengucapkan
rasa syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan izinnya, hari ini kita menjadi
seorang muslimah yang berkesempatan menginjakkan kaki di persada bumi anbiya’
ini tanpa mengira bidang pengajian sama ada agama mahupun perubatan.
Pertemuan mahabbah ini sangat penting bagi membina kepaduan ukhuwah sesama
muslimah lalu membentuk generasi pewaris kenabian sekaligus menjadi tulang belakang yang kuat sebagai dinding sandaran kepada muslimat
BKKIMM secara khusus dan muslimat di mesir secara umum.
Sayap kiri perjuangan yang dikasihi ALLAH
sekalian,
Sungguh, ALLAH SWT telah menjadikan di dalam setiap tubuh manusia
itu seketul daging.Ia menjadi alat yang mengawal diri manusia,samaada melakukan kebaikan mahupun
keburukan.Hakikatnya, anggota manusia yang terzahir adalah hasil daripada hati
itu sendiri.Maka saya di sini amat
mengharapkan muslimat BKKIMM hari ini ,terhindar dari penyakit-penyakit hati yang
boleh menyebabkan perpecahan antara muslimat BKKIMM sekaligus menjadi fitnah
kapada agama islam itu sendiri. Sebagaimana di dalam Firman ALLAH S.W.T ,maksudnya :
“berpegang
teguhlah kepada ALLAH ,maka sungguh dia akan diberi petunjukkepada jalan yang
lurus” (Al-Imran : 63)
“Sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang berperang di
jalanNya dalam barisan yang teratur seakan-akan mereka seperti suatu bangunan
yang kukuh”-(as-saff :4)
Sahabiah fiLLAH yang diberkati ALLAH SWT
sekalian,
Dikesempatan
ini juga,suka untuk saya mengingatkan bahawa kita kini telahpun bergelar
sebagai seorang mahasiswi. Maka dengan peluang yang ada , kita seharusnya bersama-sama mengutip mutiara-mutiara ilmu yang ada di bumi mesir ini dengan
sebaiknya sebagaimana yang telah ditekankan oleh Islam itu sendiri tentang
kepentingan dan martabat orang berilmu.Ini dijelaskan lagi dalam firman ALLAH
S.W.T yang bermaksud :-
“ALLAH
S.W.T mengangkat kedudukan orang-orang yang berilmu dan orang-orang yang
beriman beberapa darjat kedudukan”-(Al-Mujadalah : 11)
Sayugialah kita yang bergelar muslimah menggilap bakat-bakat terpendam kurniaan Ilahi
dengan ilmu yang ada supaya tenaga dan
pengurusan kehidupan kita lebih sistematik
dan tersusun sekaligus memenuhi cabaran dan mehnah hidup di medan perjuangan baik di mesir mahupun di Tanah air tercinta kelak”Dimana bumi kupijak di situ Islam
kujunjung”.Saranan mahasiswi berjiwa
besar juga perlu lebih kerap disemai bagi
membenihkan kefahaman dan
semangat dalam melaksanakan amanah yang ditaklifkan selaku seorang Khalifah di
atas muka bumi Allah S.W.T. Mengimbangi daya kekuatan seorang mahasiswi dalam belajar dan berpersatuan
perlulah sentiasa diadaptasi bagi
menjamin karisma dan hemah yang dibawa di dalam sistem pentadbiran Islam .
“Dan
hendaklah ada di antara kamu ada segolongan orng yangmenyeru kepada
kebajikan,menyuruh berbuat yang makruf dan mencegah dari yang mungkar.dan
mereka itulah orang-orang yang beruntung”
Akhir
kata,sama-samalah kita menjadi seorang muslimat yang berkeperibadian tinggi,berhemah,mempunyai
akhlak, thaqafah,bijak,aktif dan berwibawa dalam membawa wadah Islam yang kita
cintai khususnya kepada muslimah BKKIMM.Marilah sama-sama kita melakar sejarah
sebagai bukti bahawa muslimah hari ini bukan menjadi bahan fitnah kepada agama
Islam semata-mata,bahkan menjadi kebanggaan dan bunga idaman kepada islam itu
sendiri.
Muslimah berani melakar kredibiliti ummah,
BKKIMM TERUS BERGERAK,BKKIMM MILIK SEMUA
Wallahu Ta'ala a’lam.
Siti Iziatul Hawa bt Mohd Yusof
Timbalan Ketua HEWI BKKIMM,
sesi 2011/2012
Timbalan Ketua HEWI BKKIMM,
sesi 2011/2012
No comments:
Post a Comment