Kaherah, 3
April 2012 - Misi mencapai gagasan Adab dan Tarbiyyah serta Pemantapan Fikrah
melalui Thaqafah dan Ilmiah, Badan Kebajikan Keluarga Islam Melaka Mesir
(BKKIMM) diteruskan lagi dengan sebuah program yang julung-julung kalinya
dianjurkan oleh Unit Dakwah dan kerjasama Unit Pendidikan.
Kursus Daie
Kontemporari (KUDRI’12) ini berlangsung selama 5 hari bermula pada 15, 17, 18,
19 dan berakhir dengan sesi graduasi pada 25 Mac 2012. Program ini diadakan
bermula jam 5 petang iaitu sesi pendaftaran peserta dengan bayaran pendaftaran
sebanyak LE5 setiap seorang. Program yang tamat kira-kira jam 10 malam ini
turut dihidangi dengan juadah makan malam pada setiap hari program berlangsung.
Sebanyak 9
slot berbentuk teori berjaya dilaksanakan dalam memberi kefahaman kepada para
peserta. Antara slot yang menarik adalah: Penghayatan Hati Al-Quran, Cara
memikat madu’u, ‘Dimana bumi dipijak, disitu Islam Dijunjung’, Kenali Musuh dan
cabaran dakwah, Pendakwah Masa Kini dan sebagainya.
Selain itu,
para peserta turut didedahkan dengan diskusi kitab ‘Bahtera Penyelamat’ yang
disampaikan oleh Ustaz Nik Abdul Hayyi Dan kitab ‘Jundullah Thaqafatan Wa
Akhlakan’ yang disampaikan oleh Ustaz Helmy Haris dan Ustaz Mohamad Norazam bin
Bahador.
Pendaftaran
program ini terbuka kepada seluruh ahli BKKIMM dan BKAN taakhi Selangor (BKASM)
dan Pahang (BKMIP). Kehadiran peserta seramai lebih kurang 70 orang termasuk
ikhwah dan akhawat ini membuktikan bahawa kewajipan menuntut ilmu itu amat
dititik beratkan dalam kalangan Mahasiswa. Turut hadir dalam program ini adalah
seluruh barisan kepimpinan BKKIMM dan ahli jawatankuasa ajk kecil Unit Dakwah
dan Unit Pendidikan.
Seterusnya
bagi mengakhiri program ini, majlis perasmian penutup yang dipengerusikan oleh saudara
Badrul Amin bin Ashaari menjemput pengarah program saudara khairul Fadhli bin
Hussin selaku ketua Unit Dakwah BKKIMM untuk memberi sedikit ucapan.
Majlis
diteruskan dengan ucapan perasmian penutup
oleh Timbalan Ketua Hewi BKKIMM 2011/2012 saudari Siti Iziatul Hawa bte
Mohd Yusof. Di dalam ucapannya, beliau amat berbangga dengan kehadiran para
peserta dan mengharap agar program seperti ini terus mendapat sokongan daripada
ahli Melaka khusunya juga buat seluruh ahli PMRAM umumnya. Beliau juga memberi
nasihat agar mahasiswa dan mahasiswi tidak terlepas daripada kewajipan menuntut
ilmu terutama di bumi anbiya’ ini.
Majlis
perasmian penutup ini diakhiri dengan pelancaran gimik perasmian penutup oleh
perasmi dengan menandatangani sehelai sijil graduasi perseta KUDRI’12 sebagai
simbolik tamatnya KUDRI’12 bagi siri pertama ini. Seterusnya, penyampaian
cenderahati kepada perasmi oleh Timbalan Pengarah Program saudari Nurulain
binti Mohd Zaid selaku Timbalan Unit Pendidikan BKKIMM.
Tirai
KUDRI’12 ditutup dengan bacaan tasbih kaffarah dan surah Al-Asr.
Sekian.
Laporan
oleh:
Setiausaha KUDRI’12
No comments:
Post a Comment