Firman Allah SWT :
" سُبْحَانَ
الَّذِي أَسْرَى بِعَبْدِهِ لَيْلاً مِّنَ الْمَسْجِدِ الْحَرَامِ إِلَى
الْمَسْجِدِ الأَقْصَى الَّذِي بَارَكْنَا حَوْلَهُ لِنُرِيَهُ مِنْ آيَاتِنَا
إِنَّهُ هُوَ السَّمِيعُ البَصِيرُ "
Maksudnya : Maha suci Allah yang
memperjalankan hambaNya pada suatu malam dari masjidil Haram ke masjid al-Aqsa
yang telah Kami berkati sekelilingnya agar Kami perlihatkan kepadanya
sebahagian daripada tanda-tanda (kebesaran) Kami. Sesungguhnya Dia adalah Maha
Mendengar lagi Maha Melihat.
(Surah Al-Isra’:1)
Rasulullah di isra’ dan di mikrajkan dalam keadaan hatinya yang
bersih suci dengan cahaya keimanan dan jauh daripada penyakit hati. Malam itu
menjadi penguat keyakinan Rasulullah dan ummat seluruhnya bahawa setelah diuji
dalam kesusahan, pasti akan datangnya saat kemenangan.
Malam isra’ itu, Rasulullah mengimami para Rasul yang menjadi bukti
bahawa risalah tauhid yang dibawa itu menjadi penyambung dan penutup para Nabi
sebelum Baginda.
Sekalipun Rasulullah telah mendatangkan bukti yang jelas tentang
perjalanan malam itu, kaum musyrik terus mempersenda dan menuduh Baginda dengan
pelbagai tohmahan.Biarpun di cerca, di hina dan di fitnah dengan pelbagai
gelaran, namun itulah sunnah dalam perjuangan. Mereka yang membawa Ad-Din suci
ini pasti akan di uji tahap keimanan dan keikhlasan mereka. Ketahuilah, bahawa
hidup dan mati ini diciptakan untuk mrnguji siapakah yang paling baik amalnya
di sisi Allah Subhaanahuwataa’la. Sebagaimana firmannya dalam Surah Al-Mulk;
" الَّذِي خَلَقَ الْمَوْتَ وَالْحَيَاةَ لِيَبْلُوَكُمْ
أَيُّكُمْ أَحْسَنُ عَمَلاً وَهُوَ الْعَزِيزُ الْغَفُورُ "
Maksudnya: "Dia lah yang telah mentakdirkan adanya mati dan hidup (kamu) - untuk menguji dan menzahirkan keadaan kamu: siapakah di antara kamu yang lebih baik amalnya; dan Ia Maha Kuasa
Maksudnya: "Dia lah yang telah mentakdirkan adanya mati dan hidup (kamu) - untuk menguji dan menzahirkan keadaan kamu: siapakah di antara kamu yang lebih baik amalnya; dan Ia Maha Kuasa
(membalas amal kamu), lagi Maha Pengampun, (bagi orang-orang yang
bertaubat);"
HIKMAH TEKANAN DAN PENGHINAAN
Duri yang melingkari jalan
dakwah ini menjadi cabaran dan kadangkala membuatkan seseorang dai’ie itu menjadi futur. Namun begitu, Allah berfirman;
" لَا يُكَلِّفُ اللَّهُ نَفْسًا إِلَّا وُسْعَهَا "
Maksudnya: "Allah
tidak memberi kesusahan seseorang hamba melainkan apa yang terdaya olehnya."
[Al-Baqarah: 286]
Tekanan dalam berjuang itu menjadikan
seseorang da’ie itu sentiasa menilai tahap kebergantungan mereka dengan Allah.
Mana mungkin hati yang kotor dan lalai daripada Allah dapat melahirkan rasa
cinta dan rindu kepada Nya? Justeru, setiap ujian itu menjadi petunjuk agar
kita sentiasa dekat dengan Nya.
Hikmah yang tersingkap daripada ujian itu
tidaklah sebatas itu, akan tetapi itulah caranya Allah mentarbiah para Rasul
Nya untuk menjadi seorang dai’e yang matang dalam berfikir dan bertindak.
Seterusnya dapat menghasilkan hati yang tegar terhadap cabaran dan tidak pernah
berputus asa, apatahlagi merasa lemah.
Orbit kehidupan yang sentiasa berputar ini
kadangkala meletakkan kita di bawah. Dengan keimanan yang teguh, maka ujian
yang dilalui akan terasa ringan. Hati yang terus hidup dan subur dengan cahaya
ketenangan tersebut akan membuahkan berjuta inspirasi yang menutup pintu-pintu
putus asa.
Bagi seorang dai’e, tunjang kekuatan yang
dimiliki adalah keyakinannya dengan Allah Subhaanahuwata’ala. Dirinya akan
tetap yakin dengan pertolongan dan kasih Nya. Akan tetapi, apakah wasilah yang
dapat mendekatkan kita dengan pertolongan Nya? Sebaimana firman Nya;
" يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا اسْتَعِينُوا
بِالصَّبْرِ وَالصَّلاةِ إِنَّ اللَّهَ مَعَ الصَّابِرِينَ "
Maksudnya:"Hai orang-orang yang beriman mintalah
pertolongan dengan sabar dan mendirikan solat, sesungguhnya ALLAH
bersama dengan orang-orang yang bersabar." (Surah al-Baqarah: 153)
Hendaklah kita sentiasa mentaati setiap suruhan Nya. Para ulama’
dalam menyingkap keistimewaan Al-Quran, menyatakan bahawa pada ayat-ayat akhir
Surah An-Naml terdapat mesej yang menjadi petunjuk bahawa kejayaan ummat Islam
untuk membuka kota Baitul Maqdis adalah dengan jalan taqwa dan sabar.
Selain itu, saat tertegaknya khilafah kenabian itu pastilah ketika
dunia ini ditadbir dan dipenuhi dengan seruan-seruan kebaikan dan jauhnya
daripada laungan-laungan maksiat serta kejelekan. Realiti hari ini menunjukkan
bahawa maksiat yang terus bersarang dalam diri ummat itu telah menjadi
penghalang kepada datangnya pertolongan daripada Allah. Oleh itu, tidaklah
menghairankan mengapakah di suatu penjuru dunia,terdapat ummat Islam ditindas dan dibunuh, lantaran
saudara-saudara se Islam mereka masih terus berjudi, berzina, dan bergelumang
maksiat.
Senjata perpaduan yang mapan oleh ummat perlulah dilandaskan kepada
Jemaah yang menjunjung Al-Quran dan Sunnah Nabinya. Mereka bergerak sederap
dalam barisan yang kukuh sebagaimana batu bata yang membina pasak jatidiri
ummat. Mereka sentiasa menginginkan agar ummat ini kembali bersatu di bawah
seruan Islam semata-mata dengan menjauhi taghut dan sekutu-sekutunya. Dengan
itu, aktiviti pentarbiahan akan dapat dialirkan ke jantung masyarakat tanpa
sekatan dan halangan.
Bergembiralah wahai para dai’e,
Kerana engkau memilih jalan yang dipenuhi onak dan duri. Ikhlaskan
hatimu untuk mendamba redho Tuhanmu. Teruslah menyeru kepada kebaikan, dan
cegahlah kemungkaran. Lazimilah sunnah Rasulullah, meski dilempar dengan
kejahatan, engkau tetap menghadiahkan buah-buah hikmah dan kejujuran.
Deritamu tidaklah sehebat ujian para Rasul Ulul Azmi. Lukamu
tidaklah separah pembunuhan para Nabi. Tiada apa yang perlu engkau takutkan daripada
makhluk duniawi, kerana semuanya kan kembali kepada
Allah, Rabbul Izzati.
Risalah dan perjuangan ini tidak akan terhenti hinggalah kiamat
menjadi pengganti…
Hasil Nukilan
Huurun_Eiin
::BKKIMM Terus Bergerak dan BKKIMM Milik Semua::
No comments:
Post a Comment