Surat
dariku buat mu.
15
Syaaban 1433H / 10.57 pm
Bismillahirrahmanirahim,
( Dengan
Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani ) .
Pembuka
bicara dariku buatmu, daku mulakan dengan kalimah suci ini agar ia mampu
menggetarkan jiwa akan betapa besarnya maksud di sebalik kalimah suci ini bagi
jiwa-jiwa hamba yang memahaminya dan biarlah kalimah ini menjadi bukti dan
saksi akan agungnya kasih ku pada mu.
Ya,
memang benar! Diriku begitu lemah apabila terfikir akanmu. Tahukah engkau yang
daku begitu merindui mu?,Tahukah engkau yang diriku sering menyoal " Di
manakah dikau?"," Bilakah engkau akan kembali semula ?". Engkau
yang pernah hadir dalam diriku tidak pernah aku lupakan walau sesaat sekalipun.
Kehadiran dirimu dalam hidupku tidak semena-mena memancarkan sinar harapan
buatku yang begitu lemah malah begitu rapuh dalam menempuh dugaan hidup ini.
Ya! Daku mengaku diriku ini lemah. Tapiku
tahu, daku kenal dirimu, selagi mana daku wujud di dunia ini, selagi mana
hayatku masih ada lagi, engkau pasti akan kembali. Walaupun dahulu engkau
pernah meninggalkanku.
Tahukah
engkau di kala itu daku baru sahaja ingin mengenalmu dengan lebih mendalam?
Tetapi engkau tetap jua pergi meninggalkan diriku dalam penyesalan dek kerana
kealpaanku yang terpesona dengan pujuk
rayu dan hasutan ' orang ketiga'.
Ya!
Daku sedar. Itu bukan salah mu. Itu memang salahku. Mataku yang buta! Telingaku
yang pekak! Mulutku yang bisu ! Mataku buta sebab tidak sedar kewujudan mu .
Telingaku pekak sebab tidak mampu mendengar panggilanmu. Mulutku bisu sebab tidak mampu meluahkan perasaanku
padamu. Walaupun daku tahu yang engkau tidak pernah putus asa pada diriku
selama ini.
Ya!
Daku kini sedar akan betapa berharganya dirimu buatku. Tatkalaku mendengar yang
engkau akan kembali, jiwa ku begitu tidak menentu. Daku sendiri tidak tahu
apakah sebenarnya yang melanda perasaaanku ketika itu. Adakah aku gembira?
Adakah aku sedih? Adakah aku keliru ? Semuanya tidak mampuku luahkan. Lidahku
kelu, jantungku berdegup laju memikirkan akan kepulanganmu setelah pemergianmu
meninggalkanku dahulu. Adakah engkau akan terima diriku seperti mana sebelum
ini?
Ya,daku
kini tidak seperti dahulu. Engkau tidak percaya? Daku sedar. Itu juga bukan
salahmu untuk menganggapku begitu tetapi percayalah kini daku sudah berubah.
Daku ingin berubah ! Daku bukan lagi
yang pernah engkau kenali dahulu. Tahukah engkau yang daku mulai berubah
setelah engkau hadir dalam diriku sebelum ini ?. Walaupun singkat pengenalan
kita, tetapi keberadaanmu walau seketika begitu banyak memberi kesan dalam
hidupku. Daku ingin berubah dan ku tahu daku mampu berubah bila engkau
bersamaku.
Ya!
Daku pasti tidak akan melepaskan peluang kali ini. Engkaulah yang ku nanti
selama ini. Kini engkau bakal kembali.
Khas
buatmu,
Dari
Yang menanti ketibaanmu.
Oh,
Ramadhan.
Bulan
Ramadan yang padanya diturunkan Al-Quran, menjadi petunjuk bagi sekalian
manusia, dan menjadi keterangan-keterangan yang menjelaskan petunjuk dan
(menjelaskan) perbezaan antara yang benar dengan yang salah….
( Al-Baqarah
2 : 185 )
Dr. Amir Al-Amin bin Mustaff
Yang Di-Pertua,
Badan Kebajikan Keluarga Islam Melaka Mesir..
No comments:
Post a Comment