Majlis Ramah Mesra yang dipengerusikan oleh wakil MAIM Ustaz Halim bin Tawil dihadiri oleh mahasiswa/wi Mesir pengajian Islam dan Sains Kesihatan berlangsung selama hampir dua jam setengah bermula 8.45 sehingga jam 11.00 malam, turut dihadiri Encik Mohd Anuar Bin Idris selaku Pegawai Atase Pendidikan pelajar Melaka Mesir. Antara isi penerangan yang dikupas oleh Datuk Haji Yaakob Bin Md Amin dan Encik Mohd Yusof Bin Abu Bakar adalah mengenai penambahbaikan Wisma Seri Melaka dan pembinaan semula Rumah Melaka Lama. Menurut beliau, pembinaan Rumah Melaka Lama dan Penambahbaikan WSM ini perlu dilaksanakan serentak kerana tiada masa lagi untuk bertangguh dan jika ia berlaku akan menyebabkan kos perbelanjaan meningkat serta tidak tahu apa akan terjadi pada masa akan datang.
Wisma Seri Melaka akan diubahsuai bermula dari tingkat atas bangunan bagi pembinaan taman rekreasi. Peralatan rumah seperti katil dan almari akan diganti baru manakala bahagian dalam rumah akan diubahsuai di bahagian tandas dan dapur, berkemungkinan tidak ada dapur lagi untuk memasak kerana kafe akan disediakan di tingkat bawah bagi kemudahan dewan makan para pelajar. Encik Yusof juga menambah bahawa akan membuat laluan dari luar untuk ke kafe bagi menjaga keselamatan penghuni WSM yang mana sebelum ini laluan ke kafe dari bahagian dalam WSM. Selepas sesi penerangan berlangsung, anak-anak Melaka diberi peluang bagi menyuarakan persoalan dan cadangan.
Antara persoalan yang diutarakan ialah mengenai pinjaman dan zakat serta mengenai penambahbaikan WSM dan rumah sementara. Persoalan dijawab oleh Datuk Haji Yaakob dan Encik Yusof serta dua lagi wakil MAIM Ustaz Halim dan Encik Said. Berkenaan rumah sementara, akan dicari pada 7 September 2014, kemasukan semula ke WSM akan diberikan keutamaan kepada pelajar baru. Berkenaan pinjaman dan zakat pula, cara permohonan adalah sama iaitu pelajar perlu memohon kepada Tabung Amanah Pelajar Islam Negeri Melaka (TAPEM). Datuk Haji Yaakob juga memaklumkan bahawa pinjaman akan dinaikkan sebanyak RM 8000.00 manakala Zakat sebanyak RM 3000.00.
Setelah selesai sesi perbincangan, Saudara Ahmad Rabbani selaku Yang Di-Pertua Badan Kebajikan Keluarga Islam Melaka Mesir sesi 2013/2014 menyatakan ucapan terima kasih kepada delegasi yang hadir kerana sudi mengadakan perbincangan dua hala seterusnya beramah mesra dengan anak-anak Melaka Mesir. Ini merupakan pertemuan yang dinanti-nantikan bagi membincangkan dan menangani permaslahan yang berlaku. Saudara Ahmad Rabbani juga menyatakan berita gembira mengenai kecemerlangan akademik mahasiswa/wi Melaka Mesir pada tahun amat memberangsangkan. Datuk Haji Yaakob memberikan kata-kata semangat supaya para mahasiswa/wi belajar dengan cemerlang serta pulang membawa kejayaan yang membanggakan.
"MEMURNIKAN PEMIKIRAN MELESTARIKAN KESATUAN"
"MELESTARI KESATUAN MERENTASI PERJUANGAN"
No comments:
Post a Comment