7 MAC 2016 - Dengan bertemakan Karnival pada
kali ini, sekali lagi Badan Kebajikan Keluarga Islam Melaka Mesir dibawah
komuniti pelaksana , telah berjaya mengadakan program hari keluarga yang diberi
nama Karnival Untuk Anak Hang Tuah (16’ قوة
) . Program ini bertujuan untuk memantapkan
lagi ukhuwah serta menambah thaqafah anak- anak Melaka bertepatan dengan
gagasan BKKIMM pada tahun ini antaranya Ukhuwah
& Wahdah serta Pemantapan Fikrah Melalui
Thaqafah & Ilmiah. Program yang telah berlangsung selama 4 hari ini
telah diisi dengan pelbagai aktiviti menarik samaada berbentuk jasmani seperti
bola beracun dan water game disamping aktiviti rohani seperti munajat
cinta dan tazkirah subuh khas.
16 FEBRUARI 2016 : Majlis
Perasmian
Majis perasmian Karnival Untuk
Anak Hang Tuah (16’ قوة ) telah dimulai dengan ucapan pengarah
program iaitu saudara Muhammad Ikhram bin Samsudin yang bertempat di Rumah
Melaka Sementara . Seterusnya majlis diserikan lagi dengan ucapan perasmian
yang disampaikan oleh saudara Muhammad Haziq bin Zainal Abidin selaku Ketua Penasihat
BKKIMM sekaligus menyempurnakan gimik perasmian program Karnival Untuk Anak
Hang Tuah (16’ قوة ).
17 FEBRUARI 2016
Bermulanya aktiviti jaulah
akhawat ke Ain Sukhnah dan acara indoor bagi ikhwah di Rumah Melaka
Sementara, Hayyu Sabie. Pelbagai acara yang meriah telah dilaksanakan sepanjang
hari tersebut di kedua-dua tempat yang berlainan dan ia dilaksanakan secara
serentak . Antara pengisian menarik yang dianjurkan antaranya seperti Barbeque,
Gala Fiesta, Run For Life, dan sebagainya.
18 FEBRUARI 2016
Aktiviti diteruskan lagi dengan acara indoor disebelah akhawat
yang bertempat di Rumah Melaka Sementara manakala disebelah ikhwah aktiviti
jaulah ke Ain Sukhnah . Bas bertolak dari Hayyu Sabik seawal jam 7.00 pagi dan
tiba didestinasinya lebih kurang jam 8.45 pagi. Dalam perjalanan , peserta
dihidangkan sarapan ringan yang telah disediakan oleh Adhoc pelaksana
Unit Jamuan & Hidangan (16’ قوة ). Seusai
tiba di sana , program dimulai dengan bacaan Asmaul Husna , nyanyian lagu tema
(One Big Family by Maher Zain) dan lagu PMRAM .
Antara aktiviti menarik disebelah
pagi yang telah disusun oleh unit pengisian adalah Liga Futsal ,
Baling-Baling Sayang , Sepak Raga , Spirit Ball , Tarik Tali dan banyak
lagi . Di sebelah petang pula , peserta dibenarkan mandi di tepi pantai sambil
menyaksikan ikan lumba-lumba berenang ditengah lautan dan sama-sama menikmati
keindahan panorama pantai Ain Sukhnah yang dikelilingi gunung ganang
disekelilingnya . Jam 4.00 petang , aktiviti diteruskan lagi dengan slot Liqo’
Fuad daripada Unit Dakwah yang dipimpin oleh Ustaz Jundullah Ibnu Said selaku
Ketua Unit Dakwah BKKIMM bagi sesi pada kali ini . Sesudah masuk waktu maghrib,
para peserta menunaikan solat qasar jamak tadqim dan terus mengemas
barang-barang untuk pulang ke Kaherah semula.
No comments:
Post a Comment