Perubahan perlu dilakukan oleh setiap ahli kerana amat penting bagi melahirkan mahasiswa/wi yang berkarisma serta mempunyai kekuatan rohani dan syahsiah yang mulia bagi menjadi bekal seseorang pendakwah melalui segenap cabang dakwah yang bakal dilalui. Lebih-lebih lagi kita semua berada di bulan yang mulia ini, iaitu Rejab dan bakal disinggahi dengan Syaaban dan Ramadan.Maka perubahan demi perubahan kebaikan perlu dilakukan agar segala apa yang kita lakukan dipandang mulia disisi Allah S.W.T.
Sempena peperiksaan fasa dua yang bakal tiba tidak lama lagi, peringkat Jabatan Fasilitator di bawah Unit Dakwah BKKIMM sesi 2015/2016 telah menetapkan tarikh bermulanya Family Break Amali adalah bermula pada 15 April 2016.
Oleh itu, pihak BKKIMM mengharapkan agar semua ahli melibatkan diri dalam Family Break Amali serta mempunyai jadual yang tersusun bagi menghadapi imitihan yang akan datang serta memperbanyakkan amal ibadah sempena dengan kedatangan bulan mulia ini.
Akhir kata, BKKIMM mendoakan kepada semua mahasiswa/wi di perlembahan Nil khususnya anak-anak Melaka agar dipermudahkan segala urusan oleh Allah S.W.T.
Disediakan oleh :
Jundullah bin Said
Ketua Unit Dakwah
Badan Kebajikan Keluarga Islam Melaka Mesir sesi 2015/2016
No comments:
Post a Comment