Sunday, 24 March 2019

SERUAN : PERSEDIAAN PROSES KEMASUKAN KE WISMA MELAKA

قال الله تعالى :

{ يَٰٓأَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُوا۟ ٱصْبِرُوا۟ وَصَابِرُوا۟ وَرَابِطُوا۟ وَٱتَّقُوا۟ ٱللَّهَ لَعَلَّكُمْ تُفْلِحُونَ }

"Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan), dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh, di medan perjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan) serta bertaqwalah kamu kepada Allah supaya kamu berjaya (mencapai kemenangan)."

[ Ali Imran : 200 ]

     Peringkat Badan Kebajikan Keluarga Islam Melaka Mesir (BKKIMM), seluruh pimpinan dan ahli mengucapkan terima kasih kepada Pegawai Atase Pendidikan Negeri Melaka, Ustaz Masykuri bin Khamid kerana sudi hadir ke Rumah Melaka Sementara III (RMS III) pada 21 Mac 2019 yang lalu untuk memberi penerangan berkaitan prosedur kemasukan ke Wisma Melaka (WM).

     Saya selaku Yang Dipertua Badan Kebajikan Keluarga Islam Melaka Mesir (BKKIMM) sesi 2018/2019 menyeru kepada seluruh ahli supaya membuat permohonan untuk tinggal di WM. Sehubungan dengan itu, berikut merupakan syarat-syarat yang telah disebutkan oleh peringkat pegawai :

1) Lahir di Melaka atau ibu atau bapa lahir di Melaka atau 10 tahun menetap di Melaka.
2) Hafal sekurang-kurangnya satu Juzu' bagi pelajar kuliah
dan hafal sekurang-kurangnya satu surah dari surah-surah pilihan (Luqman/As-Sajdah/Yaasiin) bagi pelajar Markaz.
3) Isi borang permohonan kemasukan ke WM.
4) Peluang kemasukan adalah bagi batch 2014 dan ke atas.
5) Hadir ke sesi temuduga yang bakal dilaksanakan.

    Oleh itu, diharapkan agar proses-proses persediaan ini dapat dilakukan dengan sebaiknya bagi anak-anak Melaka khususnya penghuni RMS III dan di rumah sewa. Didoakan juga semoga proses ini berjalan dengan lancar dan dipermudahkan oleh Allah S.W.T.

      Justeru, peringkat Badan Kebajikan Keluarga Islam Melaka Mesir (BKKIMM) bersedia membantu peringkat Atase Pendidikan Melaka dari segala aspek demi kebajikan semua anak Melaka di Perlembahan Nil. Moga dengan sedikit bantuan ini dapat memudahkan segala urusan di peringkat anak-anak Melaka. 

Sekian, terima kasih.

"MEMURNIKAN FIKRAH, MEMBINA SAHSIAH"
“BERILMU DAN BERAMAL”

Yang Benar,

MUHAMMAD AUDI BIN ISMAIL 
Yang Dipertua,
Badan Kebajikan Keluarga Islam Melaka Mesir Sesi 2018/2019

#BKKIMMKeluargaKita
#BersamaBersatu

No comments:

Post a Comment