Friday 15 May 2020

[ MAKLUMAN FAMILY BREAK AMALI ]



Assalamualaikum wbt.

     Alhamdulillah, segala puji bagi Allah Tuhan sekalian alam. Selawat dan salam buat Baginda Nabi Muhammad SAW serta ahli keluarga Baginda dan para sahabat seterusnya ke atas sesiapa  yang mengikuti jejak langkah mereka hingga ke hari pembalasan.

     Bersyukur kita kepada Allah kerana masih diberi peluang kepada kita untuk hidup dan menikmati segala nikmatNya terutama nikmat Iman dan Islam.

     Seperti sedia maklum, baru-baru ini pihak Universiti Al-Azhar telah memaklumkan peperiksaan fasa 2 dengan membuat bahas bagi semua mahasiswa/wi pengajian Islam kecuali tahun akhir. Hal ini berikutan penularan wabak COVID-19 yang melanda seluruh negara termasuk Mesir. Maka dengan ini, Unit Dakwah BKKIMM ingin memaklumkan pada tarikh 15 Mei 2020 M bersamaan 22 Ramadan 1441 H ialah tarikh bermulanya Family Break Amali bagi semua tahap Family Break BKKIMM.

     Oleh itu, pihak BKKIMM mengharapkan kepada semua ahli untuk memanfaatkan masa dan ruang yang ada untuk menambahkan thaqafah di samping merapatkan lagi ukhuwah islamiyah di antara kita melalui medan usrah yang tersedia. 

    Akhirnya, sama-sama kita doakan semoga Allah SWT melindungi kita daripada sebarang penyakit serta diberikan kejayaan kepada kita semua dalam menghadapi peperiksaan fasa 2.

"Profesionalisme Mahasiswa, Membina Ilmuan Berbakti"
"Memurnikan Pemikiran Melestarikan Kesatuan"

#FastabiqulKhairat
#BKKIMMKeluargaKita
#BersamaBersatu

ABDUL MUJIB BIN OTHMAN
Ketua Unit Dakwah BKKIMM
sesi 2019/2020

No comments:

Post a Comment