Saturday 25 September 2021

[ MUSLIMAH INSPIRASI UMMAH ]



KAHERAH, 13 dan 15 September 2021 - Hal Ehwal Wanita Islam Badan Kebajikan Keluarga Islam Melaka Mesir sesi 2020/2021 telah mengadakan program khusus buat semua Mahasiswi Melaka di Perlembahan Nil yang diberi nama Muslimah Inspirasi Ummah 2021 (IFFAH '21) dengan bertemakan "Memperkukuh Keilmuan, Melestari Keizzahan". 

   Program IFFAH ’21 pada kali ini menekankan beberapa objektif penting, antaranya ialah berkaitan ideologi, menambah thaqafah dan kemahiran serta mengeratkan ukhuwah Mahasiswi-mahasiswi Melaka Mesir. 


   IFFAH'21 membuka tirainya dengan pengisian Talkshow "Feminisme : Bagaimana Kesedaran Kita?" yang dikendalikan oleh Ustazah Rabiatul Adawiyah binti Harun, selaku Timbalan Bendahari Agung BKKIMM sesi 2020/2021 sebagai moderator dan Ustazah Sofiah Az Zahra binti Norizam selaku Timbalan Unit Pengucapan Awam KPKM sesi 2020/2021 sebagai panel jemputan. Pada hari berikutnya, pengisian diteruskan dengan slot "Baking Time" iaitu aktiviti membuat roti kemudian disusuli dengan slot "Health and care : Love and Concern of Yourself" yang disampaikan oleh Dr. Nurul Ain binti Md Saufi selaku Timbalan Jabatan Akademik (Jabatan Kebajikan dan Kemanusiaan) PERUBATAN sesi 2020/2021. Tidak dilupakan juga, unit pengisian turut menyediakan slot menarik yang diberi nama تهادوا تهابوا  iaitu aktiviti saling bertukar-tukar hadiah antara mahasiswi Melaka sendiri. 




   Akhir sekali, setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada semua mahasiswi yang bersama-sama menjayakan program ini hingga ke akhirnya. Semoga dengan pelaksanaan program IFFAH'21 dapat menambah thaqafah dan memberi kesedaran kepada seluruh mahasiswi dalam mendepani fahaman-fahaman dan ideologi pada zaman moden ini sekaligus menuntut kepada mahasiswi agar memainkan peranan dengan baik terutamanya di medan masyarakat. 


"Memperkukuh Keilmuan, Melestari Keizzahan"
"Ilmuan Rabbani, Penerus Legasi Islami"
"Memurnikan Pemikiran Melestarikan Kesatuan" 

#MuslimahBerkaliber
#1Hati1Wahdah
#BersamaBersatu

No comments:

Post a Comment