Thursday 16 December 2021

[ PEMAKLUMAN TAWAQUF PROGRAM & FAMILY BREAK AMALI ]


بسم الله الرحمان الرحيم إن الحمد لله نحمده ونستعينه ونستغفره ونعوذ بالله من شرور أنفسنا ومن سيئات أعمالنا من يهد الله فلا مضل له ومن يضلل فلا هادي له وأشهد أن لا إله إلا الله وحده لا شريك له وأشهد أن محمدا عبده ورسوله أما بعد 


 Pada tempoh ini memperlihatkan seluruh mahasiswa/wi pengajian Islam Universiti Al-Azhar sedang mempersiapkan diri untuk menghadapi peperiksaan fasa pertama bagi pengkuliahan sesi 2021/2022. Mahasiswa/wi Pengajian Islam Universiti Al-Azhar bertungkus lumus dalam mempersiapkan diri bagi imtihan yang bakal ditempuhi. Majlis Gabungan BKAN (MGB) dan setiap Badan Kebajikan Anak Negeri (BKAN) juga tidak terlepas dalam menyusun semaksima mungkin pelbagai aktiviti berbentuk pendidikan bagi membantu mahasiswa/wi untuk menghadapi peperiksaan yang bakal tiba.


         Badan Kebajikan Keluarga Islam Melaka Mesir (BKKIMM) di bawah kelolaan Unit Pendidikan telah merangka beberapa inisiatif kecemerlangan antaranya poster-poster dan video-video bebentuk taujihat, Taqwim Imtihan ,Study Group dan Motivasi Kecemerlangan bagi memastikan ahli BKKIMM dapat bersedia untuk menghadapi imtihan yang bakal menjelma. 


         Sehubungan itu, pemakluman kepada seluruh mahasiswa dan mahasiswi Melaka di perlembahan Nil bahawa tanggal 13 Jamadilawal 1443 Hijrah bersamaan 17 Disember 2021 Masihi adalah tarikh penangguhan sebarang program di peringkat BKKIMM kecuali program-program berbentuk Pendidikan dan juga bermulanya ‘Family Break Amali’.
 

         Akhir sekali, pihak BKKIMM amat mengharapkan kepada semua ahli untuk menghadiri dan memberikan komitmen kepada ‘Family Break Amali’ yang dijalankan serta memanfaatkan setiap ruang masa yang berbaki bagi menghadapi imtihan yang bakal menjelma dengan sebaiknya supaya dapat memastikan kecemerlangan yang diimpikan tercapai. Warga BKKIMM mendoakan agar seluruh anak Melaka yang akan menghadapi imtihan diberikan kemudahan dan memperoleh kejayaan yang cemerlang dunia dan akhirat. 


    "Medan Islami Menuai Bakti" 
    "Memurnikan Pemikiran Melestarikan Kesatuan" 

 #1Hati1Wahdah 
#BersamaBersatu 

 Disediakan oleh : MUHAMMAD ISMAIL BIN SAMSUDIN
 Timbalan Yang Dipertua (Ketua Unit Perancang dan Panitia)
 BKKIMM sesi 2021/2022.

No comments:

Post a Comment