Saturday 3 September 2011

Seusai Ramadhan, Aidilfitri dan IKTIRAF 35


Seusai Ramadhan, Aidilfitri dan IKTIRAF 35

Segala puji bagi Allah s.w.t. Tuhan yang tiada sekutu bagi-Nya, yang telah menjadikan setiap sesuatu itu lengkap dengan hikmahnya. Selawat dan salam ke atas junjungan mulia Rasulullah s.a.w. juga kepada ahli kerabat Baginda dan para sahabat Baginda seluruhnya.

Alhamdulillah baru-baru ini kita telah pun meraikan Hari Raya Aidilfitri 1432H. Aidilfitri yang menggambarkan perlunya kita kembali kepada fitrah insani selepas 29 hari kita mentarbiah diri menjadi hamba yang taat kepada Allah s.w.t. Juga pengajaran dan pedoman Badar Al-Kubra dan Nuzul Al-Quran yang telah menyemarakkan semangat kita dalam menegakkan agama Allah s.w.t perlu diteruskan.

Bagi saf pimpinan BKKIMM, kami mengambil kesempatan ini menghulurkan sepuluh jari memohon jutaan kemaafan di atas kekurangan serta segala salah silap kami sepanjang kami memimpin BKKIMM pada sesi ini. Untuk seluruh ahli BKKIMM dan anak-anak Melaka yang berada di Mesir, sama-sama kita bermaafan dan terus mempertautkan ukhuwah di kalangan kita agar perjalanan kita menuju matlamat Al-Quran dan Al-Sunnah dapat disusun serapi mungkin walau pelbagai ancaman dan tribulasi bakal kita tempuhi.

Di kesempatan ini, kami mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada seluruh ahli BKKIMM yang telah menjayakan program-program BKKIMM bermula di awal ramadhan hingga berakhirnya IKTIRAF 35. Khusus kepada seluruh adhoc dan AJK yang terlibat bagi menjayakan Ihya Ramadhan dan IKTIRAF 35, kami ucapkan jutaan terima kasih di atas bantuan kalian dan hanya Allah sahaja yang mampu membalas jasa kalian. Juga kepada semua yang telah menghulurkan sumbangan kewangan sama ada yang berada di Mesir mahupun di Malaysia serta semua individu yang telah berusaha menjayakan program ini, kami ucapkan jutaan terima kasih, jazakumuLlahu khairan jazak. Semoga titik peluh kalian dikira sebagai usaha membantu agama Allah s.w.t.

Akhirnya, sama-sama kita berdoa agar kita dipertemukan lagi dengan ramadhan al-mubarak dan aidilfitri untuk tahun-tahun mendatang insya Allah. Jangan lupa akan ukhuwah yang telah terpatri perlu sama-sama kita pelihara agar tidak mudah dirobek oleh musuh-musuh agama Allah. Wa Allahu Ta’ala A’lam…

Harman Bin Hassan
YDP BKKIMM
Sesi 2010/2011

No comments:

Post a Comment