Thursday 19 April 2012

Fahaman dan Ideologi


Kaherah, 5 April 2012 – Tema Bulan thaqafah di bawah anjuran Unit Pendidikan Badan Kebajikan Keluarga Islam Melaka Mesir telah mula membuka tirai dengan beberapa buah aktiviti selepas pelancarannya pada 1 April yang lalu.

Pembentangan kertas kerja ilmiah Fahaman dan Ideologi yang merupakan program pertama ini telah berjaya dilaksanakan pada 3 dan 4 April 2012. Kertas kerja ini telah dibentangkan oleh Ustaz Muhammad Mujahid bin Ir Fadzil, yang bertajuk‘Perbandingan agama dan fahaman yang melampau’ dan ‘ Silsilah Gerakan Islam’.

Program bermula seusai solat Isyak berjemaah kira-kira jam 8.30 malam, bertempat di surau Wisma Seri Melaka. Kehadiran yang amat memberangsangkan daripada seluruh ahli Melaka dan barisan kepimpinan BKKIMM 2011/2012.

Program yang berakhir pada jam 10.30 malam ini mampu membuka minda mahasiswa dan mahasiswi untuk lebih matang dalam memikirkan punca masalah-masalah aqidah yang telah berlaku dalam masyarakat Islam hari ini.

Justeru, pembentang menekankan bahawa umat Islam hari ini perlu mengenal secara dalam berkaitan silsilah dan gerakan Islam sebenar masa kini. Kesilapan masyarakat hari ini adalah kurang mengkaji asal usul kedatangan Islam dan bagaimana Islam mula bertapak di muka bumi ini. Hal ini menyebabkan kebanyakan umat Islam terlalu taksub dan taklid semata.

Program berakhir dengan penyampaian cenderahati kepada pembentang oleh Yang Dipertua BKKIMM Ustaz Amir Al-Amin bin Mustaff diiringi Ketua Unit Pendidikan Ustaz Muhammad Daud bin Ashaari.


Laporan oleh:
Unit Pendidikan BKKIMM 2011/2012

No comments:

Post a Comment