Monday 16 April 2012

Muzakarah Berkelompok Amali Gabungan Ikhwah..BKKIMM 2011/2012..

KAHERAH, 13 April – Sepertimana minggu-minggu yang lain, hari Jumaat terus dihidupkan dengan aktiviti bermuzakarah di kalangan mahasiswa di Perlembahan Nil. Pada 13 April yang lalu, BKKIMM telah menganjurkan aktiviti muzakarah berkelompok secara amali. Unit Muzakarah Berkelompok bersama Unit Kesenian,Kebudayaan dan Sukan telah menyusun permainan  sukan bowling khusus di peringkat ahli-ahli ikhwah. 

Bergambar bersama-sama dengan Badan Pengurus.

Permainan yang diadakan di International Bowling Centre dan disertai oleh seramai 35 orang ikhwah BKKIMM termasuk AJKT  telah berlangsung dengan jayanya. Sebelum bertolak bersama-sama  ke tempat permainan pada jam 2 petang, kami semua telah dihidangkan dengan hidangan makanan tengahari di Wisma Seri Melaka.

YDP bergambar bersama-sama dengan abang-abang senior.

Aktiviti seumpama ini dilihat sebagai satu kesempatan yang berharga dalam mengeratkan lagi hubungan kekeluargaan ahli BKKIMM. 

Permainan yang tamat sekitar jam 5.30 petang itu turut diserikan lagi dengan kehadiran Badan Pengurus angkat PMRAM cawangan Melaka Ust Halis Syafiq serta ditemani beberapa orang Badan Pengurus yang lain. Semua yang sertai kelihatan gembira meskipun letih bermain. 


InsyaAllah, BKKIMM akan terus komited dalam menjaga kesatuan mahasiswa Melaka (secara khususnya) serta melahirkan daie yang cerdas melalui aktiviti-aktiviti bermanfaat seperti ini.

Di sediakan oleh : Unit Muzakarah Berkelompok BKKIMM 2011/2012..

BKKIMM terus bergerak,BKKIMM milik semua.

No comments:

Post a Comment