Thursday 5 April 2012

Kalam Timbalan Ketua Hewi 2011 / 2012


Bismillahirrahmanirrahim

Setinggi-tinggi kesyukuran dirafa’kan kehadrat Allah S.W.T di atas nikmat Iman  dan Islam   yang dikurniakan kepada kita semua. Selawat dan salam buat junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W pembawa risalah kebenaran, ahli keluarga baginda, para sahabat serta seluruh penggerak mata rantai perjuangan.

“kamu (umat islam)adalah umat terbaik yang  dilahirkan untuk manusia,(kerana kamu)menyuruh berbuat  yang  ma’ruf,dan mencegah dari  yang mungkar,dan beriman kepada  ALLAH”
(Al-Imran : 110)
Serikandi Muslimah  yang dirahmati ALLAH sekalian,

    Pertamanya marilah kita sama-sama mengucapkan rasa syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan izinnya, hari ini kita menjadi seorang muslimah yang berkesempatan menginjakkan kaki di persada bumi anbiya’ ini tanpa mengira bidang pengajian sama ada agama mahupun perubatan.

   Pertemuan mahabbah ini sangat  penting bagi membina kepaduan ukhuwah sesama muslimah lalu membentuk generasi pewaris kenabian sekaligus menjadi  tulang belakang yang kuat  sebagai dinding sandaran kepada muslimat BKKIMM secara khusus dan muslimat di mesir secara umum.

Sayap kiri perjuangan yang dikasihi ALLAH sekalian,
    
     Sungguh, ALLAH SWT  telah menjadikan di dalam setiap tubuh manusia itu seketul daging.Ia menjadi alat yang mengawal diri  manusia,samaada melakukan kebaikan mahupun keburukan.Hakikatnya, anggota manusia yang terzahir adalah hasil daripada hati itu sendiri.Maka  saya di sini amat mengharapkan muslimat BKKIMM hari ini ,terhindar dari penyakit-penyakit hati yang boleh menyebabkan perpecahan antara muslimat BKKIMM sekaligus menjadi fitnah kapada agama islam itu sendiri. Sebagaimana di dalam  Firman ALLAH S.W.T ,maksudnya :

“berpegang teguhlah kepada ALLAH ,maka sungguh dia akan diberi petunjukkepada jalan yang lurus” (Al-Imran : 63)

“Sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang berperang di jalanNya dalam barisan yang teratur seakan-akan mereka seperti suatu bangunan yang kukuh”-(as-saff :4)

Sahabiah fiLLAH yang diberkati ALLAH SWT sekalian,

   Dikesempatan ini juga,suka untuk saya mengingatkan bahawa kita kini telahpun bergelar sebagai seorang mahasiswi. Maka dengan peluang yang ada , kita seharusnya  bersama-sama mengutip mutiara-mutiara  ilmu yang ada di bumi mesir ini dengan sebaiknya sebagaimana yang telah ditekankan oleh Islam itu sendiri tentang kepentingan dan martabat orang berilmu.Ini dijelaskan lagi dalam firman ALLAH S.W.T yang bermaksud :-

“ALLAH S.W.T mengangkat kedudukan orang-orang yang berilmu dan orang-orang yang beriman beberapa darjat kedudukan”-(Al-Mujadalah : 11)

    Sayugialah kita yang bergelar  muslimah  menggilap bakat-bakat terpendam kurniaan Ilahi dengan ilmu yang ada  supaya tenaga dan pengurusan kehidupan  kita lebih sistematik dan tersusun sekaligus memenuhi cabaran dan mehnah  hidup di medan  perjuangan baik di mesir  mahupun di Tanah air tercinta kelak”Dimana bumi kupijak di situ Islam kujunjung”.Saranan  mahasiswi berjiwa besar  juga perlu lebih kerap disemai  bagi  membenihkan  kefahaman dan semangat dalam  melaksanakan amanah  yang ditaklifkan selaku seorang Khalifah di atas muka bumi Allah S.W.T. Mengimbangi daya kekuatan  seorang mahasiswi dalam belajar dan berpersatuan perlulah sentiasa diadaptasi  bagi menjamin karisma dan hemah yang dibawa di dalam sistem pentadbiran Islam .

“Dan hendaklah ada di antara kamu ada segolongan orng yangmenyeru kepada kebajikan,menyuruh berbuat yang makruf dan mencegah dari yang mungkar.dan mereka itulah orang-orang yang beruntung”

    Akhir kata,sama-samalah kita menjadi seorang muslimat yang berkeperibadian tinggi,berhemah,mempunyai akhlak, thaqafah,bijak,aktif dan berwibawa dalam membawa wadah Islam yang kita cintai khususnya kepada muslimah BKKIMM.Marilah sama-sama kita melakar sejarah sebagai bukti bahawa muslimah hari ini bukan menjadi bahan fitnah kepada agama Islam semata-mata,bahkan menjadi kebanggaan dan bunga idaman kepada islam itu sendiri.


Muslimah berani melakar kredibiliti ummah,
BKKIMM TERUS BERGERAK,BKKIMM MILIK SEMUA
Wallahu Ta'ala a’lam.


Siti Iziatul Hawa bt Mohd Yusof
Timbalan Ketua HEWI BKKIMM,
sesi 2011/2012

No comments:

Post a Comment