Wednesday 4 April 2012

KUDRI'12 : "Daie Murabbi Penjana Generasi Rabbani"


Kaherah, 3 April 2012 - Misi mencapai gagasan Adab dan Tarbiyyah serta Pemantapan Fikrah melalui Thaqafah dan Ilmiah, Badan Kebajikan Keluarga Islam Melaka Mesir (BKKIMM) diteruskan lagi dengan sebuah program yang julung-julung kalinya dianjurkan oleh Unit Dakwah dan kerjasama Unit Pendidikan.

Kursus Daie Kontemporari (KUDRI’12) ini berlangsung selama 5 hari bermula pada 15, 17, 18, 19 dan berakhir dengan sesi graduasi pada 25 Mac 2012. Program ini diadakan bermula jam 5 petang iaitu sesi pendaftaran peserta dengan bayaran pendaftaran sebanyak LE5 setiap seorang. Program yang tamat kira-kira jam 10 malam ini turut dihidangi dengan juadah makan malam pada setiap hari program berlangsung.

Sebanyak 9 slot berbentuk teori berjaya dilaksanakan dalam memberi kefahaman kepada para peserta. Antara slot yang menarik adalah: Penghayatan Hati Al-Quran, Cara memikat madu’u, ‘Dimana bumi dipijak, disitu Islam Dijunjung’, Kenali Musuh dan cabaran dakwah, Pendakwah Masa Kini dan sebagainya.

Selain itu, para peserta turut didedahkan dengan diskusi kitab ‘Bahtera Penyelamat’ yang disampaikan oleh Ustaz Nik Abdul Hayyi Dan kitab ‘Jundullah Thaqafatan Wa Akhlakan’ yang disampaikan oleh Ustaz Helmy Haris dan Ustaz Mohamad Norazam bin Bahador.

Pendaftaran program ini terbuka kepada seluruh ahli BKKIMM dan BKAN taakhi Selangor (BKASM) dan Pahang (BKMIP). Kehadiran peserta seramai lebih kurang 70 orang termasuk ikhwah dan akhawat ini membuktikan bahawa kewajipan menuntut ilmu itu amat dititik beratkan dalam kalangan Mahasiswa. Turut hadir dalam program ini adalah seluruh barisan kepimpinan BKKIMM dan ahli jawatankuasa ajk kecil Unit Dakwah dan Unit Pendidikan.

Seterusnya bagi mengakhiri program ini, majlis perasmian penutup yang dipengerusikan oleh saudara Badrul Amin bin Ashaari menjemput pengarah program saudara khairul Fadhli bin Hussin selaku ketua Unit Dakwah BKKIMM untuk memberi sedikit ucapan.

Majlis diteruskan dengan ucapan perasmian penutup  oleh Timbalan Ketua Hewi BKKIMM 2011/2012 saudari Siti Iziatul Hawa bte Mohd Yusof. Di dalam ucapannya, beliau amat berbangga dengan kehadiran para peserta dan mengharap agar program seperti ini terus mendapat sokongan daripada ahli Melaka khusunya juga buat seluruh ahli PMRAM umumnya. Beliau juga memberi nasihat agar mahasiswa dan mahasiswi tidak terlepas daripada kewajipan menuntut ilmu terutama di bumi anbiya’ ini.

Majlis perasmian penutup ini diakhiri dengan pelancaran gimik perasmian penutup oleh perasmi dengan menandatangani sehelai sijil graduasi perseta KUDRI’12 sebagai simbolik tamatnya KUDRI’12 bagi siri pertama ini. Seterusnya, penyampaian cenderahati kepada perasmi oleh Timbalan Pengarah Program saudari Nurulain binti Mohd Zaid selaku Timbalan Unit Pendidikan BKKIMM.

Tirai KUDRI’12 ditutup dengan bacaan tasbih kaffarah dan surah Al-Asr.

Sekian.


Laporan oleh:
Setiausaha KUDRI’12

No comments:

Post a Comment