UPP BKKIMM 2017. Powered by Blogger.

Tuesday, 3 April 2012

Majlis Perasmian Bulan Thaqafah dan Minggu Peduli Palestin dan Syria




Majlis Perasmian Bulan Thaqafah dan Minggu Peduli Palestin dan Syria

1 April 2012 : Majlis Perasmian Bulan Thaqafah dan Minggu Peduli Palestin dan Syria di bawah kelolaan Unit Pendidikan dan Unit Kebajikan Badan Kebajikan Keluarga Islam Melaka Mesir(BKKIMM) telah berjaya dilaksanakan. Bertempat di Surau Wisma Seri Melaka majlis ini telah dimulakan dengan perasmian Bulan Thaqafah dan Minggu Peduli Palestin dan Syria oleh YDP Badan Kebajikan Keluarga Islam Melaka Mesir(BKKIMM).
Gambar Gimik Perasmian Bulan Thaqafah & Minggu Peduli Palestin dan Syiria
Antara isi ucapan perasmian yang disampaikan,YDP BKKIMM mengharapkan seluruh mahasiswa yang hadir perlu sedar bahawa mereka perlu sentiasa peka terhadap isu-isu yang berlaku khususnya kepada umat Islam di seluruh dunia kerana peranan mereka bukan hanya dibangku kuliah semata-mata akan tetapi bahawa peranan mereka dimasa ini akan memberi kesan kepada nasib dunia pada masa akan datang.

Gambar kedua pengisi slot penerangan isu Palestin dan Syria  ditemani YDP BKKIMM
Majlis diteruskan dengan agenda yang cukup menarik iaitu majlis penerangan isu yang berlaku di Syria hari ini.Majlis penerangan ini telah disampaikan oleh dua orang ahli panel yang sangat hebat dalam bidang sejarah dan isu-isu semasa khususnya isu umat Islam hari ini. Majlis penerangan isu ini diadakan adalah bagi memastikan maklumat yang diterima oleh hadirin adalah betul dan tepat.Pelbagai isu yang menarik telah dikupas, antaranya asal usul Syiah Nusairiyah dan Rejim Bashar Asad yang kini semakin hebat menindas dan menekan rakyat Syria.
Gambar sebahagian hadirin yang turut menjayakan majlis.
Diakhir majlis penerangan, beberapa persoalan telah diajukan kepada ahli panel. Persoalan-persoalan telah dijawab dengan pandangan-pandangan ulama’ serta dalil-dalil yang mengukuhkan lagi kefahaman para peserta terhadap persoalan yang diajukan. Melalui majlis ini satu lagi perkara yang digariskan dalam Gagasan BKKIMM iaitu Kemantapan Fikrah melalui thaqafah dan ilmiah dapat dijayakan.
Ucapan terima kasih yang tidak terhingga kepada semua yang terlibat dalam menjayakan majlis tersebut samaada secara langsung ataupun tidak langsung. Semoga Allah membalas dengan sebaik-baik balasan, insyaallah.

BKKIMM terus bergerak,
BKKIMM milik semua.

Laporan oleh,
Unit pendidikan,
Badan Kebajikan Keluarga Islam Melaka Mesir Sesi 2011/2012

No comments:

Post a Comment

author
BKKIMM
Badan Kebajikan Keluarga Islam Melaka Mesir kini menjangkau usia 40 Tahun dalam memimpin wadah kesatuan anak Melaka sejak 1976. Tahun demi tahun, badai dan ujian yang datang mematangkan dan menguatkan Badan Kebajikan Anak Negeri (BKAN) ini agar terus kukuh dan utuh dalam memimpin wadah ini.