Sunday 23 September 2012

Sambutan Hari Lahir Dan Ucapan Dasar (SAMARINDA’12)


KAHERAH, 22 September 2012 : Tanggal 20 September 2012, Badan Kebajikan Keluarga Islam Melaka Mesir (BKKIMM) telah mengadakan program yang julung-julung kalinya iaitu Ucaptama Yang Dipertua BKKIMM bagi sesi 2012/2013.
       Program yang diadakan di Wisma Seri Melaka ini diberi nama SAMARINDA ’12 singkatan kepada Sambutan Hari Lahir dan Ucaptama Yang Dipertua. Majlis bermula dengan bacaan qasidah dan burdah seusai solat Isyak sekitar jam 7.30 malam.
       Majlis yang dipengerusikan oleh saudara Zulhilmi bin Suboh dibuka dengan bacaan Ummul Furqan. Seterusnya, diteruskan dengan ucapan pengarah program iaitu saudara Ahmad Rabbani bin Ismail. Manakala ucapan perasmian program telah disampaikan oleh Badan Pengurus Angkat Melaka saudara NorHalis Syafiq bin Ahmad sekaligus merasmikan majlis tersebut.
Pihak majlis turut meraikan tetamu undangan daripada Badan Kebajikan Anak Negeri (BKAN) taakhi Selangor, Pahang dan Tanta serta Badan Pengurus PMRAM yang turut hadir.
Jam 9.00 malam, majlis diteruskan lagi dengan atucara kemuncak iaitu Ucaptama Yang Dipertua BKKIMM sesi 2012/2013. Program ini bertujuan untuk memberi kefahaman kepada ahli terhadap pembawaan BKKIMM bagi sesi ini.

       Seusai ucaptama berlangsung, para hadirin turut disajikan dengan pelbagai video menarik. Antaranya, video yang dihasilkan oleh Unit Pendidikan sempena Rebranding Kelas Tafaqquh Fiddin dan Muzakarah Berkelompok sekaligus melancarkan kempen ‘Jom Bertafaqquh’.
       Seterusnya video yang disediakan oleh Unit Dakwah dan menampilkan video Muzakarah Berkelompok daripada PMRAM Pusat.
Setersunya , mahasiswa dan mahasiswi diceriakan lagi dengan tayangan video Sanah Helwah daripada Unit Kesenian dan Kebudayaan dan Sukan. Video ini khusus buat ahli BKKIMM yang lahir pada bulan September.
        Tepat jam 9.45 malam, Badan Pengurus Angkat Melaka dan Yang Dipertua BKKIMM melancarkan gimik Sambutan Hari Lahir bersama-sama ahli dengan memotong kek yang telah disediakan oleh komuniti pelaksana Samarinda’12.
       Sebelum berakhir, Yang Dipertua BKKIMM menyampaikan cenderahati kepada perasmi program dan majlis berakhir pada jam 10.00 malam dengan bacaan Tasbih Kaffarah dan surah Al-Asr.

No comments:

Post a Comment