Saturday 15 September 2012

Sambutan Kempen Puasa Enam


Sambutan Kempen Puasa Enam di dalam Bulan Syawal

3 sept. 2012 bersamaan 16 syawal 1433 Badan Kebajikan Keluarga Islam Melaka Mesir (BKKIMM) dibawah anjuran Unit Dakwah (UD) telah mengadakan Kempen Puasa Enam didalam Bulan Syawal dengan menganjurkan Iftor Jama'e.Tujuan kempen ini diadakan bagi memupuk semangat  beribadat kepada Allah SWT dalam konteks berpuasa secara berjemaah dikalangan ahli dan Ajkt BKKIMM selepas selesai menjalankan ibadat puasa di bulan Ramadhan.

Pengisian yang menarik yang telah diadakan semasa program tersebut, antaranya bacaan Selawat ke atas Nabi Muhammad SAW dan bacaan Qasidah dikalangan ahli dan Ajkt.Seterusnya,berbuka ringan iaitu minuman, kurma dan solat Maghrib berjemaah yang telah diimamkan oleh Ustaz Abdul Mukmin bin Alias.

Program diteruskan dengan tazkirah ringkas yang telah disampaikan oleh Ahmad Baihaqi bin Rashid selaku Naib Presiden I merangkap Lajnah Dakwah dan Pembangunan Insan Badan Pengurus PMRAM sesi 2012. Antara intipati yang telah disampaikan ialah istiqamah individu muslim selepas malaksanakan ibadat puasa Ramadhan.Antara lain,isu-isu semasa yang berlaku di tanah air dan di Mesir, selaku mahasiswa islam perlu mengambil penting bagi bersedia dan bertanggungjawab menyelesaikannya mengikut acuan Al-quran dan As-sunnah.

Program diakhiri dengan jamuan makan berat secara berjemaah diantara Ahli dan Ajkt BKKIMM serta BP Angkat Melaka yang turut hadir iaitu Ustaz Norkhalis Syafiq bin Ahmad dan bekas BP Angkat Melaka 2011 Ustaz Nur Ahmad Wafiy bin Noor Azri.

Semoga Kempen ini mendapat istifadah yang bermanfaat kepada Ahli-Ahli BKKIMM disamping memupuk semangat "Ukhwah dan Wahdah" dikalangan anak-anak Melaka bersama Kepimpinan Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir (PMRAM).

"BKKIMM PILIHAN KAMI"

"MEMAJU PRESTASI MEMBUMI BAKTI"

No comments:

Post a Comment