KAHERAH,
27 Oktober 2012: Badan Kebajikan Keluarga Islam Melaka Mesir (BKKIMM)
telah mengadakan program sambutan hari raya Aidil Adha dan Haflah Najihin (RAIHAN’12). Majlis berlangsung selama tiga hari bermula
25-27/10 /2012. Majlis ini disambut dengan begitu meriah oleh seluruh ahli BKAN Melaka.
Majlis ini bermula pada 25/10/2012 pada hari khamis bermula jam
7.30pm, dimulakan dengan takbir hari raya Aidil Adha dan perutusan hari raya Aidil Adha oleh yang berbahagian Tuan Presiden PMRAM
Ustaz Abdul Aziz Bin Ali. Semua ahli BKAN Melaka bertakbir dari
rumah ke rumah, akhawat dibahagian akhawat dan ikhwah di bahagian
ikhwah. Bagi memeriahkan lagi suasana, majlis ini turut dihadiri oleh
BP dan HEWI angkat negeri Melaka,iaitu Ustaz Norkhalis Syafiq Bin
Ahmad, Ustazah Siti Sarah Binti Bushari dan Ustazah Siti Hajar Aisyah
Binti Sakdon. Majlis diakhiri dengan sedikit ucapan oleh BP dan Hewi
angkat Bkan Melaka serta jamuan ringan.
Pada
26/10/2012, Hari Jumaat,pada jam 6.00 am, ahli BKAN Melaka bergerak
ke masjid Musa bagi menunaikan solat sunat Hari Raya Aidil Adha.
Selepas solat sunat Aidil Adha pada jam 7.30am semua ahli Bkan
Melaka ikhwah bergerak ke hayyu asyir di rumah Pahang bagi
menyempurnakan majlis gotong- royong penyembelihan haiwan korban
sebanyak 10 ekor kambing dan 3 ekor khoruf. Dengan ketangkasan serta
sifat kerjasama yang berada di dalam diri anak-anak Melaka,
gotong-royong dapat diselesaikan lebih awal daripada yang dijangka.
Selesai gotong-royong penyembelihan, program diteruskan dengan
pengagihan daging di peringkat akhawat. Majlis ini berjalan dengan
lancar.
Sabtu,
27 Oktober 2012, majlis diteruskan dengan program Sambutan Hari Raya
Aidiladha dan haflah Najihin (RAIHAN’12) bertempat di Wisma Seri
Melaka. Bermula pada jam 8.00 pagi, seluruh penghuni Wisma Melaka
bersama-sama bergoyong-royong membersihkan persekitaran Wisma Seri
Melaka. Aturcara Majlis Jamuan Makan para tetamu VIP pada jam 2.30 pm
sehingga jam 5.00 pm. Kehadiran Badan Pengerus PMRAM dan HEWI PMRAM,
YDP BKAN serta pengiring disambut baik oleh ahli BKKIMM. RAIHAN 12’
diteruskan lagi dengan solat maghrib berjemaah disusuli dengan majlis
perasmian pada jam 7.00 pm. Majlis dimulakan dengan ucapan alu-aluan
oleh pengerusi majlis Ustaz Azzamuddin Bin Zaharuddin, seterusnya
ucapan yang Dipertua BKKIMM, Ustaz Khairul Fadli Bin Hussin dan
ucapan perasmian oleh Naib Presiden 1 ( Ketua Lajnah Dakwah dan
Pembangunan Insan) Ustaz Baihaqi Bin Rashid disusuli dengan gimik
perasmian program. Majlis perasmian berakhir dan ditangguh dengan
tasbih kaffarah dan
surah Al-Asr.
Kemuncak
RAIHAN’12 diteruskan lagi dengan diskusi kitab Jiilul
Nasrul Mansyud yang disampaikan oleh Ustaz
Abdul Malik Bin Abdul Karim. Pihak penganjur tidak ketinggalan
menyediakan kuiz yang menarik untuk para hadirin. Seterusnya, majlis
dihangatkan lagi dengan penyampaian hadiah Haflah Najihin dan
pemenang pertandingan yang telah disediakan. Persembahan kebudayaan
oleh mahasiswa baru dengan dua buah nasyid yang disampaikan begitu
menarik perhatian para hadirin. Majlis diakhiri dengan tayangan video
daripada Malacca Multimedia Center (MMC) dan ditangguhkan dengan
surah Al-Asr dan
tasbih kaffarah. Dan para
tetamu dijemput untuk menikmati hidangan yang telah disediakan.
letak ayat nak disembunyikan plak kat sini
No comments:
Post a Comment