Sunday 18 November 2012

PENGHAYATAN MAAL HIJRAH 1434H


Khamis 15 November 2012: Unit dakwah Badan Kebajikan Keluarga Islam Melaka Mesir (BKKIMM) sesi 2012/2013 telah mengadakan program tazkirah sempena penghayatan maal hijrah. Program tersebut diadakan di surau Wisma Seri Melaka dan program bermula selepas solat maghrib.

Selain itu, pentazkirah yang kami jemput pada program itu adalah ustaz Wan Muhammad Abdul Hayy kuliah syariah dari Kelantan. Sambutan dari penghuni Wisma Seri Melaka amat menggalakkan ikhwah mahupun akhawat. Kesimpulan yang boleh kami ambil dari tazkirah yang disampaikan adalah penghijrahan  rasulullah s.a.w dari kota makkah ke madinah bagaimana rasulullah s.a.w  mempersaudarakan muhajirin dan ansar, membina masjid quba’ dan piagam madinah.
 
Sebagai umat islam ,kita hendaklah menghayati maal hijrah ini kerana dengan penghijrahan ini islam dapat sampai kepada kita pada hari ini dengan izin Allah Taala. Penghijrahan ini amat bermakna pada rasulullah s.a.w kerana beliau sanggup meninggalkan kampung halamannya hanya semata-mata untuk menegakkan agama islam tetapi kita sebagai umat rasulullah s.a.w  adakah kita pernah terfikir bagaimana perit dan deritanya islam yang dibawa oleh rasululllah s.a.w ini sampai kepada kita pada hari ini dengan selamat.

Sehubungan dengan itu,penghijrahan juga adalah salah satu cara untuk kita keluar dari kesempitan hidup  pemerintahan yang zalim pada ketika itu kepada kehidupan yang bebas merdeka dari segi diri dan harta. Program tersebut berakhir dengan solat isyak berjemaah dan alunan qasidah dari ikhwah anak-anak Melaka.
 
Akhir kata, kami dari unit dakwah ingin mengucapkan terima kasih kepada penghuni Wisma Seri Melaka kerana memberi kerjasama yang baik dan marilah sama-sama kita menjayakan tema bkan pada tahun ini iaitu “BKKIMM pilihan kami”.




DISEDIAKAN OLEH UNIT DAKWAH BADAN KEBAJIKAN KELUARGA ISLAM MELAKA MESIR (BKKIMM) SESI 2012/2013

No comments:

Post a Comment