Wednesday 28 November 2012

PENGHAYATAN SUNNAH DI YAUMUL 'ASYURA'


24 NOVEMBER 2012 bersamaan 10 Muharram, Badan kebajikan Keluarga Islam Melaka Mesir (BKKIMM) telah mengadakan "Sambutan Yaumul 'Asyura" sempena menyambut hari sambutan islam iaitu 10 muharram. Tujuan majlis ini diadakan bagi memperingati sejarah-sejarah yang berlaku pada hari tersebut dan galakkan mengamalkan sunnah Rasullah S.A.W untuk berpuasa juga amalan-amalan lain yang disarankan pada hari tersebut.
Majlis bermula dengan Solat Maghrib berjemaah dan seterusnya bacaan Qasidah. Majlis diteruskan lagi dengan ceramah yang disampai oleh Ustaz Muhd Shahir Bin Shahbudin yang merupakan Ahli Lembaga Penasihat Majlis Kebajikan Keluarga Kedah (MKKK).Antara pengisian yang disampaikan ialah mengenai fadhilat-fadhilat yang begitu banyak disarankan oleh Rasulullah S.A.W. Selain itu, isu yang berlaku kepada Umat Islam umumnya terutama isu Palestin khasnya yang mana umat islam perlu cakna dengan isu tersebut.
Majlis diteruskan lagi dengan tayangan video daripada Unit Nadi Ukkaz Unit Pendidikan BKKIMM. Antara tujuan tayangan tersebut ialah bagi memupuk semangat ahli BKKIMM untuk bersama beberapa minit mendengar kisah pendek berbentuk tauladan  yang menggunakan bahasa arab sebagai bahasa perantaraan.
Majlis diakhiri dengan Solat Isya' berjemaah dan seterusnya menjamu bubur lambuk yang telah disediakan oleh Unit Dakwah BKKIMM. Semoga majlis ini dapat memupuk kasih-sayang ahli BKKIMM untuk memperingati sejarah Islam disamping melakukan amalan sunnah yang terdapat pada hari tersebut. Tidak dilupakan juga, ucapan ribuan terima-kasih kepada ahli BKKIMM yang banyak membantu menjayakan majlis ini dari sudut tenaga mahupun kewangan. Semoga Allah membalas kalian dengan kebaikan.


"MEMAJU PRESTASI MEMBUMI BAKTI"
"BKKIMM PILIHAN KAMI"

letak ayat nak disembunyikan plak kat sini

No comments:

Post a Comment