Tuesday 4 December 2012

Memaju Prestasi, Membumi Bakti


بسم الله الرحمن الرحيم
Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha penyayang

Bersyukur kehadrat Ilahi kerana dengan limpah kurniaNya diri ini masih diberi peluang untuk merasai nikmat Iman dan Islam. Selawat dan salam buat junjungan besar Nabi Muhammad SAW ahli keluarga baginda, para sahabat dan para pejuang agama Allah sekalian.

Firman Allah SWT dalam Al-Quran:

وَمَا خَلَقْتُ الْجِنَّ وَالْإِنْسَ إِلَّا لِيَعْبُدُونِ

"Dan tidaklah Aku ciptakan seluruh jin dan seluruh manusia melainkan untuk beribadah kepadaKu"


( Surah Az-Zariyat ayat 56 )

Firman Allah SWT lagi dalam Al-Quran:

وَإِذْ قَالَ رَبُّكَ لِلْمَلائِكَةِ إِنِّي جَاعِلٌ فِي الأَرْضِ خَلِيفَةً قَالُوا أَتَجْعَلُ فِيهَا مَنْ يُفْسِدُ فِيهَا وَيَسْفِكُ الدِّمَاءَ وَنَحْنُ نُسَبِّحُ بِحَمْدِكَ وَنُقَدِّسُ لَكَ قَالَ إِنِّي أَعْلَمُ مَا لا تَعْلَمُونَ

Dan (ingatlah) tatkala Tuhan engkau berkata kepada Malaikat : Sesungguhnya Aku hendak menjadikan di bumi seorang khalifah. Berkata mereka : Apakah Engkau hendak menjadikan padanya orang yang merusak di dalam nya dan menumpahkan darah, padahal kami bertasbih dengan memuji Engkau dan memuliakan Engkau  Dia berkata : Sesungguhnya Aku lebih mengetahui apa yang tidak kamu ketahui.

( Surah Al-Baqarah ayat 30 )

Ayat di atas menyatakan antara tujuan manusia diciptakan adalah mengabdikan diri kepada Allah dan menjadi Khalifah di muka bumi ini. Sesungguhnya, tanggungjawab sebagai khalifah atau pemimpin itu perlu dipundak di bahu setiap individu muslim. Setiap manusia tidak pernah lari daripada menjadi seorang pemimpin sama ada pemimpin kepada diri sendiri, keluarga, dan masyarakat. Segalanya adalah demi menuju keredhaan Allah di dunia dan akhirat sekaligus membentuk sebuah kesatuan dan menghalang sebarang bentuk peselisihan.

Badan Kebajikan Keluarga Islam Melaka Mesir (BKKIMM) kini mencecah usia hampir 36 tahun. Kedewasaan BKKIMM sepanjang mendasari Al-Quran dan Sunnah ini merupakan satu pengalaman yang paling berharga dalam melalui pelbagai bentuk mehnah dan tribulasi. Penerapan nilai-nilai murni dan akhlak yang mulia perlu dibentuk dalam kalangan anak-anak Melaka bagi mewujudkan persaudaraan Islam dan suasana yang baik.

Justeru, kepimpinan BKKIMM bagi sesi 2012/2013 ini menekankan beberapa aspek bagi memperbaiki setiap kelompangan yang wujud dalam membawa agenda dakwah ini. Antara aspek yang ditekankan adalah Tarbiyah, Thaqafah, dan Kebajikan serta meneruskan 6 gagasan BKKIMM. Bertepatan dengan tema BKKIMM pada sesi ini iaitu, ‘Memaju Prestasi, Membumi Bakti’ dan slogan ‘BKKIMM Pilihan Kami’.

BKKIMM juga mengharapkan sokongan dan dorongan terutamanya daripada penaung kita iaitu Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir (PMRAM) yang telah bertapak di bumi Mesir ini hampir 82 tahun. Pengalaman kepimpinan PMRAM akan menjadi satu motivasi untuk BKKIMM terus mengorak langkah dalam meningkatkan pretsasi kepimpinan BKKIMM seterusnya membina thaqafah dan tarbiyah dalam kalangan ahli Melaka khusunya dan menjaga kebajikan bersama.

Akhirnya, harapan pimpinan BKKIMM agar semua ahli BKKIMM turut sama-sama berganding bahu dan bergabung tenaga bagi membantu BKKIMM meneruskan agenda dakwah dan kesatuan ini. Insya Allah. Sesungguhnya, pemimpin itu adalah khadam kepada rakyatnya. Wassalamualaikum wrh wbr.

Nurulain binti Mohd Zaid
Timbalan Ketua Hewi
BKKIMM sesi 2012/2013

No comments:

Post a Comment