Tuesday 4 December 2012

MAJLIS PENUTUP USMB SESI 2012/2013


2 Dis.2012, Jam 8.00 malam: Urusetia Sambutan Mahasaiswa/wi Baru (USMB) sesi 2012 telah melaksanakan Majlis Penutup USMB'12' bagi sesi tahun ini. Tujuan majlis ini diadakan bagi membuka ruang kepada mahasiswa baru untuk bertanya mengenai gerak kerja USMB dan memberi muhasabah atau cadangan yang bernas kepada komuniti pelaksana USMB'12 pada tahun ini. Majlis ini telah dihadiri seramai 16 orang mahasiswa/wi baru pengajian islam yang berada di Kaherah.

Majlis bermula dengan ucapan pengarah USMB iaitu Ustaz Ahmad Rabbani Bin Ismail selaku pengerusi majlis pada malam tersebut. Antara pengisian ucapan yang telah disampaikan adalah mengenai kepentingan muhasabah atau cadangan yang bernas daripada mahasiswa baru untuk memperbaiki dan melicinkan lagi gerak kerja yang akan datang.


Majlis diteruskan lagi dengan sesi ta'aruf nama, kuliah pengajian, jawatan dalam komuniti pelaksana dan pembentangan tugas serta gerak kerja yang telah dilaksanakan, bermula dari Pengarah sehingga Unit Makanan.

Seterusnya sesi soal jawab antara mahasiswa/wi baru dengan komuniti pelaksana. Antaranya, gerak kerja USMB yang telah dilaksanakan oleh pihak USMB. Secara ringkas yang telah dijawab adalah
sambutan di lapangan terbang, program Hari Sambutan Siraturrahim, program Penerangan Majalah Hira', membawa mahasiswa baru ke Program Obor Mahasiswa (OASIS) dibawah anjuran PMRAM. Selain itu, jaulah seperti menziarahi pejabat PMRAM, Masjid Al-Azhar, Maqam para-para Ulama' dan sebagainya.Turut dibincangkan permasalahan yang berlaku kepada mahasiswi baru seperti mushrif antara ikhwah Melaka dangan Kelantan dan masalah ahli bait.Perkara tersebut akan dibincangkan diperingkat Ahli Jawatan Kuasa Hewi Melaka.

Akhir sekali, sesi muhasabah dan cadangan yang telah dilontarkan kepada pihak komuniti USMB untuk dicatat dan disimpan untuk penambahbaikan kepada USMB yang akan datang. Antaranya muhasabah yang dilontarkan adalah memperbanyakkan program yang berfaedah dan bermanfaat untuk mahasiswa/wi baru sementara memasuki alam perkuliahan.Selain itu, memaklumkan lebih awal mengenai program-program di bawah USMB agar tidak bertembung dengan aktiviti luar.Cadangan yang diberikan antaranya, mengadakan sesi taklimat kepada mahasiswa baru semasa di lapangan terbang agar tidak bertembung dengan taklimat USMB Kelantan.


Majlis diakhiri dengan ucapan penutup daripada Ex-Officio selaku penasihat dalam komuniti USMB iaitu Ustaz Ahmad Muhsin bin Ab Hamid dan Timbalannya Ustazah Nurul Ain binti Mohd Zaid. Antara intipati ucapan beliau adalah semangat tidak berputus asa dan jati tinnggi yang kuat dikalangan mahasiswa baru dalam mendepani ujian dan tribulasi yang sedang dan akan berlaku. Selain itu, sentiasa mentajdid niat iaitu menuntu ilmu Allah SWT yang begitu luas dan daripada setiap sudut, agar tidak terleka dengan perkara-perkara yang melalaikan.    

"BKKIMM Pilihan Kami"

Nurul Sibawaiha bt Hasyim
Setiausaha Kerja
Urusetia Sambutan Mahasiswa/wi Baru 2012 (USMB'12)
PMRAM Cawangan Melaka

No comments:

Post a Comment